27 November 2009

kasihku..mak abah

Rindu untuk berkongsi dan menulis sesuatu

Akhirnye dapat juga saya mencoret di ruangan ini, lama rasanye saya tidak menulis..nak kata sibuk, setiap manusia itu dibekalkan 24 jam dan begitu juga dengan saya tp mungkin keadaan hidup saya kebelakangan ini yang tidak mengizinkan saya untuk berkongsi pendapat atau pandangan..

Benarlah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, rentetan dari perjalanan hidup saya kebelakangan ini saya akui banyak perkara yang telah terjadi tapi semua itu saya harus terima dengan hati yang redha dan saya perlu tenang menhadapinya

Kali terakhir saya menulis kira beberapa bulan yang lalu. Saya masih ingat semasa saya menulis ketika itu, arwah abah saya masih ada dan dia hanya memerhati saya menulis sesuatu untuk halaman ini. Masuk hari ini sudah 2 bulan 26 hari abah pergi mengikut arwah mak menghadap Yang Maha Esa. Abah pergi setelah 7 bulan 23 hari arwah meninggalkan saya dan adik beradik yang lain untuk selamanya.. Abah pergi semasa kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke 13.

Semuanya berlaku begitu pantas, tak terjangka oleh saya untuk tahun ini saya telah kehilangan 2 orang yang paling saya sayang. Perginya mak dan abah telah membawa hati saya bersama mereka tetapi itu bukan bererti saya tidak redha dengan qada' dan qadar ALLAH tetapi mustahil untuk saya tidak berasa ape-ape atas pemergian insan yang telah banyak berkorban, mendidik, menguatkan, membimbing serta menyayangi saya walau siapapun saya dan apa yang saya lakukan.. adakah kasih mereka dapat di tandingi oleh insan lain?

Janganlah dibandingkan kasih rasulullah dengan kasih mak dan abah saya kerana kasih rasulullah kepada umatnya tiada tandingnya..
erm menyebut tentang kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya, adakah hati kita ikhlas menyayangi ibu bapa kita sepertimana tulusnya kasih mereka kepada kita? Jika ya, apa buktinya? fikir-fikirkan..
Adakah dihujung solat kita, kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih? Selalunya kita sentiasa meminta ibu bapa mendoakan kejayaan kita terutama bila tibanya musim peperiksaan tapi bagaimana dengan kita? Sudah cukupkah usaha kita bagi menghadapi peperiksaan sebelum meminta ibu bapa kita mendoakan kejayaan kita?
Teringat pula saya pada pesanan ustaz saya (Ustaz Shakib ar-Selan b Mat Saman) semasa di tingkatan 3 dulu, katanya "Adalah dikira wajib bg seorang anak untuk berjaya dalam pelajaran kerana apabila ibu dan bapa menghantar anak itu untuk mendapatkan ilmu dan pastinya ibu dan bapa mengharap supaya anak itu berjaya jadi ini dikira perintah yang sepatutnya ditaati oleh seorang anak" dan mengikut hak ibu bapa yang seorang anak perlu patuhi adalah mentaati perintah ibu bapa yang tidak melanggari syara' . Jadi sama-sama kita fikirkan tentang ini..

Saya akui peritnya rasa kehilangan orang yang paling saya sayang dan orang yang menjadi tulang belakang saya. Kalau dulu jika saya ada masalah saya hanya perlu dengar suara mak saya jika saya tak dapat balik dan peluk mak saya, tapi sekarang saya perlu belajar menhadapi dan menyelesaikan masalah sendiri.. Inilah didikan dari mak abah untuk saya.. Tak bererti jika mereka telah tiada, mereka tidak dapat mendidik saya tapi pemergian mereka mengajar saya untuk menjadi lebih tabah, kuat, berdikari dan yang paling penting tahu menjaga diri dengan baik agar apa yang saya lakukan tidak membuatkan ruh mereka tidak tenang di alam transit sebelum ke alam akhirat. Tetapi, lagi perit buat ruh mak dan abah jika saya tidak redha akan pemergian mereka jadi untuk kebahagian mak dan abah, telah saya redha akan kehendak ALLAH ini kerana saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tak terjangka oleh saya. Sesungguhnya ALLAH itu maha Sempurna lagi Maha Mengetahui.

erm rasanye, saya dah tak mampu nak meneruskan perkongsian..bukan kerana saya sedang menangis tetapi cukuplah sekadar ini. InsyaALLAH jika berkesempatan mungkin saya akan berkongsi lagi..


Bersempena raya aidil adha ini, saya ingin kita sama-sama kenangkan kembali pengorbanan insan yang paling banyak berjasa dalam hidup kita agar kita dapat mencerminkan diri kita semula dengan berfikir apakah kita telah membahagiakan ibu bapa kita atau sebaliknya..
Jadilah anak yang dapat membahagiakan ibu bapanya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kerana anak yang soleh dan solehah itu adalah harta yang paling berharga buat ibu bapanya..
wallahu'alam..


Ya ALLAH sayangi mak dan abahku melebihi kasih mereka kepadaku..
Ya ALLAH kupohon padaMU, ampuni dosa mak dan abahku..
tempatkan mereka di kalangan orang yang KAU kasihi..
Hadiahkan mereka kasih sayangMU..

YaALLAH
kerana kasihMU mereka bertemu di dunia..
maka kupohon kepadaMu agar temukan mereka di syurga MU
Jadikan mereka pasangan suami isteri yang bahagia hingga ke syurgaMU..
Ya ALLAH sayangilah mak dan abahku..
Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
AMEEN..




20 August 2009

ALONE or NOT

have you ever feel that you are alone
no one besides you
no one understands you
feeling so faithless
need so much support from people that close to you
need to reenergize
need to be somewhere that might brings calm and peaceful
need to be somewhere that can make you feel better
have you ever feel that?
and i have feel that so many times
feel that want to run away and go to another place that people never know who i am

at this point, the feeling of loneliness might be
because of my heart is not accept something that ALLAH has plans for me
it might be i'm not peatient in facing the difficulties in life
it might be i'm not thankful for something that ALLAH had give to me
it might be i'm too busy with my responsible untill i forget to remeber ALLAH all the times that i should
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingat Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” ar-ra'd:28

yup..maybe i feel i'm alone but the truth is i'm not..
ALLAH always be my side
no matter happend to me
the things that i must remember and always do is
INGATLAH ALLAH DI WAKTU SENANG DAN SUSAH PASTINYA DIA TIDAK AKAN MENINGGALKANMU WALAU SEKEJAP
LOVE ALLAH SINCERELY THAN YOU WILL GOT HIS LOVE SHOWERING YOUR LIFE NOW AND HEREAFTER

thank ALLAH for the LOVE (RAHMAH) that you have gave to me....
thank for showering me with YOUR LOVE from the beginning untill now...
thank ALLAH for give me ISLAM as my religion
thank ALLAH for everything that you have give to me....



13 July 2009

UKHWAH KERANA ......

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (HR Imam Ahmad)

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhny a wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.."♥

Pada 28 jun yang lepas..
dalam yahoo group saya, ada seorang sahabat yang telah emailkan hadith serta beberapa ayat quran yang berkaitan ukhwah.
saya tertarik dengan ayat quran dan hadith yang telah di emailkan jadi saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi bersama anda semua...
sungguh mendalam maksud maksud ayat quran serta hadith tersebut...

Mencermin kembali kepada diri saya sendiri, sejauh mana marah dan sayang saya kepada sahabat adalah semata-mata kerana ALLAH?
adakah selama ini rasa marah dan sayang kita kepada makhluk ALLAH yang lain bersandarkan nafsu atau kerana ALLAH?
pernahkah kita terfikir tentang ini?
mungkin ada masanya kita sayang dan marah kerana ALLAH tapi kerapnya lebih kerana NAFSU....
terutama apabila rasa marah menguasai diri, pastinya yang menyucuk jarum kemarahan adalah syaitan maka timbullah rasa benci sesudah marah..
di mana ukhwah kerana ALLAH pada masa itu???
mungkin ukhwah itu hanya mainan bibir....
sejauhmana kita menyayangi seseorang kerana ALLAH?
yang pasti kita menyanyagi seseorang lebih kerana dia sering membantu kita, dia sering bersama kita, dia sering menghubungi kita, dia sering bergembira bersama kita...

tetapi pada dasarnya ukhwah itu melampui semua itu
kerana
jika berukhwah kerana ALLAH pastinya hati tidak marah bila di tegur kesalahannya sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka
jika berukhwah kerana ALLAH pasti sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya biarpun sahabat jauh dari kita
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan menasihati sahabat yang dalam kealpaan kerana rasa kasih kepadanya disandar kepada ALLAH agar rasa kasih itu dapat menjadi syafaat tika MIZAN menimbang amalan kita dan moga kerana kasih ini kita dan sahabat dapat bertemu di syurga ALLAH...
bukankah di akhirat nanti kita akan dihidupkan bersama orang yang kita kasihi?
jadi sejauh manakah kasih kita kerana ALLAH....
jika kita berukhwah kerana ALLAH pasti tidak merasa berat untuk membantu sahabat yang dalam kesusah
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan sentisa berlapang dada kepada sahabatnya
jika berukhwah kerana ALLAH pasti dia tidak mahu melihat sahabatnya terus melakukan kesalahan serta kemungkaran

tapi tak semua dari kita berukwah kerana ALLAH
kerana bila ditegur kita pasti cepat melenting
bila melihat sahabat melakukan kesalahan kita lebih gemar berdiam diri atau bercakap belakang
bila melihat sahabat dalam kealpaan mengingati ALLAH kita lebih gemar mencari lebih banyak kesilapan sahabat serta lebih gemar memperkatakan kealpaan sahabat berbanding membantunya untuk keluar dari kealpaan
bila sahabat jauh dari kita, kita lupa mendoakan kebaikkan untuk sahabat...

apakah nilai ukhwah kita?
sekadar di bibir atau ukhwah kita memang tidak pernah settle?
renung-renungkan.....

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

nasyid: raihan

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana. "(surah Al-anfal, 8:63)

05 July 2009

My early morning with RISK THOERY subject...

erm dah lama tidak menjengah ke laman yang penuh ketenangan ini
laman luahan rasa dan pandangan.....

hari ini hari pertama bagi sesi perkuliahan yang baru....
subjek pertama yang saya hadapai seawal jam 8 pagi bagi sem baru ini adalah RISK THEORY.....
kelas berlangsung selama 1 jam sahaja walaupun tempoh sebenar adalah 3 jam..
erm sesi briefing subjek baru yang penuh dengan rasa curios to know about something new to me...
pada saya subjek ini sanggat menarik dan mencabar....
En Rosli; lecturer yang mengajar saya subjek ini, katanya subjek nie sanggat tought tapi saya lebih suka membahasakan subjek ini sebagai mencabar...
its all about mind setting.....
saya tidak mahu set kan minda saya yang subjek ini susah atau sukar kerana ia pasti membunuh kenikmatan saya dalam mendalami ilmu ALLAH yang satu ini....
pada saya belajar bukan untuk berjaya dalam dewan peperiksaan sahaja tetapi belajar untuk mendapatkan ilmu untuk kegunaan untuk sepanjang kehidupan saya...
kebetulan tadi saya terbaca satu artikel dan di dalamnya ada tertulis kata-kata yang membuat saya yakin dengan ape yang saya pegang dalam mencari ilmu

" the past is sure, the future is not yet and we only have now and here"
so, what is your opinion???
think about it....
i don't want your answer but answer it for yourself....
menikmati ape yang kita punyai sekarang adalah lebih baik daripada sesali ape yang telah terjadi...
jadikan yang lepas sebagai garis panduan, impian masa hadapan adalah suatu yang membakar semangat dan nikmati apa yang kita ada sekarang...
bila kita berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang bukanlah bererti kita menyerah dan tidak mempunyai impian untuk menjadi lebih baik tetapi menikmati apa yang kita ada sekarang adalah dalam konsep redha dengan sesuatu yang kita miliki sekarang setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya....
sikap ini pada saya akan lebih mendidik jiwa kita untuk lebih berani dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidup..
redha dengan kehendak ALLAH....


hidup penuh dengan risiko.....
dalam lapangan apa pun kita berada, pasti ada risikonya
jadi kita mestilah berani menggambil dan menghadapi risiko kerana hidup kita memang tidak dapat lari dari risiko..
dalam sujek FINANCIAL MANAGEMANT ada menyatakan" if there is high risk,it will lead to high return however we can reduce the risk by diversify the risk"
maksudnya kalau dalam hidup kita perlu membuat keputusan dan keputusan yang diambil itu berisiko tinggi tetapi ia memberi impak yang sanggat baik jadi kita punyai cara untuk mengurangkan risiko itu dengan menyebarkan risiko tersebut kepada perkara di sekeliling kita....
bagaimana hal ini dapat kita aplikasikan dalam hidup???
sama-samalah kita fikir-fikirkan.....

belajar bukan setakat mahu mandapat 1st class honour degree..
tetapi carilah ilmu dengan niat ilmu itu dapat memberi manfaat sepanjang hayat kita..
belajarlah bukan sekadar untuk cemerlang dalam dewan peperiksaan
tetapi tuntutlah ilmu untuk cemerlang dunia dan akhirat..
belajar bukan sekadar mahu menjadi pelajar cemerlang
tetapi carilah ilmu untuk menjadi hamba yang cemerlang kepada RABBnya..
jadikan ilmu yang kita perolehi itu sebagai cabang untuk kita makin hampir kepada ALLAH...
kerana menuntut ilmu itu adalah salah satu kewajipan kita dan merupakan jihad kecil....
jadi niatkan hati dengan betul dalam menuntut ilmu agar ilmu yang dituntut menjadi penunjuk kepada kita untuk hampir kepada ALLAH...
wallahu'lam

21 June 2009

kejayaan....kegagalan...serta rahmat ALLAH

selepas solat maghrib berjemaah tadi...
saya dan sahabat yang lain diberi sedikit taujihat dan motivasi dari kakak kesayangan; kak faizah.
eerm....
beberapa hari lepas result final exam keluar,
mulanya saya tak ade hati untuk melihat result tapi akhirnya saya tengok jg result....
pada awalnya saya tak de perasaan tapi semasa berjalan pulang tiba-tiba saya berasa sebak...
tak tahu kenapa mungkin sebab emosi tidak stabil tambahan pula selepas melihat keputusan exam...
ada peningkatan dalam result tapi mungkin hati ini tak tahu bersyukur menyebabkan rasa tenang itu hilang.....
saya sampai rumah dan saya ceritakan kepada sahabat-sahabat yang lain...
mereka sedikit sebanyak menasihati saya
sehinggalah maghrib tadi,saya rasa saya tahu kenapa ALLAH tidak membenarkan saya begitu cemerlang untuk exam kali ini...
belum tentu apa yang kita suka kita akan memilikinya...
boleh jadi apa yang saya suka itu akan mendatangkan keburukkan kepada saya dan sesuatu yang saya tidak suka itu memberi kebaikkan kepada saya....
ape yang penting kepada saya adalah usaha yang telah saya lakukan untuk mendapat yang terbaik....
bukan hasil yang ALLAH pandang tp usaha dan niat yang paling utama...
keberkatan dari ALLAH itu yang saya harapkan kerana ilmu yang saya tuntut itu bukan untuk kegunaan semasa di dewan peperiksaan sahaja tetapi untuk sepanjang hidup saya....
kadang-kadang ujian dari ALLAH itu akan membuatkan kita berhenti dan berfikir semula apakah tujuan sebenar kita dihidupkan dan apakah tujuan kita melaksanakan sesuatu...
adakah redha ALLAH yang kita cari???
atau
pujian dan banggaan dari manusia yang kita kejar????
andai dengan kejayaan itu boleh menjauhkan saya dari ALLAH walau sejengkal saya lebih rela merasa perit kegagalan dari merasa hilangnya kasih ALLAH kepada saya kerana apa lagi yang saya ada melainkan ALLAH???
dan kepada siapa lagi saya boleh berharap dan mengadu sakitnya kegagalan selain ALLAH
kerana DIA yang menciptaku dengan sebaik kajadian,jadi DIA lebih mengetahui ape yang terbaik untukku...
dugaan itu tidak akan datang melainkan ALLAH kasih kepada hambanya....
kata dari kak faizah...tak pe kita tak dapat nak capai ape yang kita nak tapi yang penting kita telah berusaha dengan sebaiknya untuk mencapai target kita dan jangan putus asa...
berusaha lagi dan bersangka baiklah kepada ALLAH....

YA ALLAH,
kepadaMu hambaMU bermohon agar
KAU meluruskan langkahku
ikhlaskan niatku
berkati ilmu yang telah engkau berikan
dan pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMU
kepada siapa lagi aku boleh berharap??
tiada yang lain melainkanMU
kerana ENGKAU penciptaku
sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui apa yg terbaik untukku
oleh itu YA ALLAH kurniakan aku
apa yang terbaik untukku....
AMEEN.......

04 June 2009

MARRIAGE...MARRIAGE....MARRIAGE?????

pagi semalam saya telah pergi ke majlis walimah kakak saudara saya
rumahnya tak jauh dari rumah saya
katanya dia berkahwin dengan kawan lamanye...
kalau dah memang jodoh,tak ke mana...moga mereka di bawah redhaNYA....
teringat pula peristiwa masa  tahun satu dahulu,lecturer English pernah tanye "What would you wear for your wedding Mariyam?"
"Have you plan it?"
masa tu saya terkedu,tak terfikir yang lecturer akan bertanya soalan itu kepada saya,dalam minda memang tidak pernah terfikir tentang perkahwinan apatah lagi merancang pakaian untuk majlis walimah.....
akhirnya saya jawab juga walaupun  tak tahu jawapan sebenar untuk soalan itu
"errrrr songket may be" itu jawapan ku....tapi jawapan itu pun saya beri setelah lecturer memberi beberapa pilihan jenis pakaian sempena majlis walimah....
erm.....kenangan.......


marriage..............
ape yea perkahwinan nie sebenarnye????
ada orang cakap perkahwinan itu menyatukan 2 hati....
2 hati je ke???
macam mana dengan hati ahli keluarga kedua-dua belah mempelai???
takkan penyatuan hati kedua-dua mempelai je kot???
erm, i have no answer for this question...
same-samelah kite mencari jawapannye.....



bila sebut tentang perkahwinan nie, saya teringat akan buku 'Aku Terima Nikahnya'
hasil tulisan Ustaz Hasrizal yang betul-betul membuat saya berfikir dan menjawab banyak perkara yang menjadi persoalan dalam minda saya...
Alhamdulillah, saya baru khatam buku nie kire-kire sebulan yang lalu
sebuah buku yang sangat bagus dan sangat membantu
nak tahu lebih,kenalah baca sendiri.....
baru anda dapat menilai dari kaca mata anda sendiri


post saya kali ini bukan untuk mempromosi buku 'Aku Terima Nikahnya'
tapi nak berpost tentang MARRIAGE
menyorot kembali sejarah kelahiran kita...
bermula dari bayi kita dibesarkan kemudian kita memasuki daerah kanak-kanak yang penuh kecerian,tawa tangis,kawan,bergaduh,dan sebagainya....
menjengah pula zaman remaja,zaman yang penuh kekeliruan,pencarian identiti,memahami erti persahabatan,penghargaan,dan zaman yang cukup popular dengan cinta monyet
erm....cinta monyet atau bercinta mengalahkan monyet???
entahlah....agaknye monyet pun tak bercinta sebegitu....
kemudian kita beralih pula ke negeri dewasa
negeri yang mengajar bagaimana untuk menjadi insan yang bertanggungjawab,malahan inilah negeri yang membawa kita ke alam pekerjaan
kerja,kerja,kerja.......
setelah itu datang pula waktunya untuk kita melihat kedut-kedut bertambah di muka...
apalagi waktu yang sinonim dengan kedutan yang berjuta di muka kalau bukan waktu tua
selepas itu datang pula ape???
erm anda boleh meneka sendiri ape yang terjadi selepas tua...
tapi harus diingat kematian itu datang bukan selepas waktu tua sahaja malah bile-bile saje yang telah ditetapkan ALLAH maka pergilah kita menghadapNYA...


MARRIAGE..MARRIAGE..MARRIAGE...
bila sebut tentang perkahwinan mesti dikaitkan dengan cinta...
confirm ke orang yang bercinta dengan kite tue adalah jodoh kite???? hanya mereka yang bertuah sahaja akan berkahwin dengan orang yang bercinta dengannye... itupun sememangnye telah ALLAH takdirkan untuk jadi begitu....
bila cakap pasal kahwin nie,saya tertarik dengan penulisan ustaz Hasrizal yang mengatakan perkahwian itu lebih daripada untuk mengelakkan maksiat.....
memang betul, perkahwinan itu bukan untuk mengelakkan maksiat sahaja tapi ia menuntut lebih dari itu...
jangan lupa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas perkahwinan......
kerana yang dikahwini oleh seorang lelaki itu adalah anak manusia bukan anak patung..
sebenarnya perkahwinan itu melangkaui erti cinta,suka,seronok dan sebagainya kerana perkahwinan itu membawa kedua-dua insan ke dunia yang yang lebih besar dan mencabar...
jadi kepada yang merancang untuk berkahwin perlulah bersedia bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental kerana dalam perkahwinan itu pasti menuntut pengorbanan,tolak ansur,sabar,saling menguatkan dan sebagainya....
sebab itu di awal perkahwinan adalah mawaddah dan sesudahnya adalah rahmah....
saya bukan orang yang fakih dalam bab sebegini tambahan pula saya masih mentah untuk membincangkan dengan lebih lanjut isu ini...
jadi saranan saya kepada yang merancang untuk berkahwin bacalah buku 'Aku Terima Nikahnya' dan jika anda sudah berkahwin tidak menjadi masalah untuk membaca buku ini kerana buku ini saya pasti dalamnya banyak info yang bermanfaat
dan kepada yang tengah bercinta memang perlu untuk anda membaca buku ini supaya anda tahu ke mana arah yang seharusnya untuk anda membawa cinta anda....
dan saya juga menyarankan supaya anda membaca buku 'Mens are from Mars, Womens are from Venus'...banyak info yang boleh diambil daripada buku tulisan John Gray ini...

erm sebelum saya mengakhiri post saya kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman seorang kakak senior saya yang baru diijabkabulkan hujung tahun lepas...
Alhamdulillah,kedua-dua pasangan ini adalah hafiz dan hafizah,
ape yang dia cakapkan perkahwinan nie berbeza dari dunia biasa terutama alam percintaan...
orang yang kita kenal semasa kita bercinta dengannya adalah berbeza apabila kita sudah berkahwin dengannya...dan dia katakan dia memerlukan masa lebih kurang 4 bulan untuk menyesuaikan diri dengan suaminya....
bayangkanlah jika hafiz dan hafizah yang perkahwinannya melalui orang tengah pun menghadapi perkara sebegini apatah lagi kalau yang bercinta bagai nak rak.....
ape-apepun masing-masing mampu berfikir, jadi fikir-fikirkanlah.....

saya masih ingat pesanan teman yang akrab dengan saya bila bercakap tentang cinta dan pasangan....
katanya serahkan cinta kita hanya kepada  ALLAH,moga-moga dengan cinta itu ALLAH pantulkan semula kepada insan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk kita......


cinta tak buta
tapi orang yang bercinta itu yang membutakan matanya..
cinta tak salah
tapi cinta yang bersandarkan nafsu itu yang salah..
cinta tidak merosakkan
tetapi manusia yang merosakkan erti cinta..
cinta itu tidak melalaikan
tetapi manusia yang melalaikan cintaNYA..
serahkan hatimu dan cintamu kepada pencipta cinta,pasti cintamu akan berbalas dan bahagia....
 wallahu'alam....







01 June 2009

KEKASIH HATIKU

esok hari rabu menjelma....
padaku, banyak peristiwa yang berlaku pada hari rabu
daripada perkara yang menggembirakan sehinggalah perkara yang paling menyakitkan...
tapi, peristiwa yang akan selalu ku ingat bila tibanya hari rabu adalah 
perginya kekasih hatiku yang paling ku sayang iaitu IBUKU 
menghadap Pencipta yang Maha Penyayang


pemergian ibuku pasti memberi kesan padaku,
perginya ibuku telah membawa separuh dari hatiku
dialah tempat ku meluahkan segala perasaan terutama 
kesedihan bila result examku tak begitu baik
"tak pe la, adik cuba la lagi, mak doakan adik, adik jangan risau, adik buat elok-elok yea, mak selalu doakan adik" 
inilah kata-kata yang selalu ibuku pahatkan bila aku memberitahu result examku tidak begitu baik....
bertuahnya aku kerana mempunyai seorang ibu yang selalu mendoakan untukku
'Ya ALLAH rahmati dan kasihi arwah ibuku sepertimana kasihnya kepadaku'

masih teringat bagaimana aku melihat sekujur tubuh yang kaku tidak bernyawa di atas katil di HKL sewaktu aku menjejakkan kaki ke wad di HKL seawal jam 6.45pagi.....
aku mencium kaki ibuku, memeluknya semahuku......
aku cium pula wajahnya berkali-kali yang selalu ku cium bila aku pulang ke kampung
hatiku hancur saat itu namun aku tetap mendoakan agar ruh ibuku tenang.....
walaupun sakit dan perit namun 
aku tetap redha dengan kehendak ALLAH yang Maha Mengetahui


Alhamdulillah, jenazah ibu selamat disemadikan selepas asar....
proses pengkebumian berjalan dengan lancar sekali
semasa memandikan jenazah ibuku,
kami adik-beradik sempat memandikan jenazah ibu bersama-sama
semasa mengkafankan ibu, pertama kali aku melihat kakak sulungku menangis
tak pernah aku melihat dia menangis, inilah kali pertama...
ramai saudara terdekat serta kenalan keluargaku yang hadir dan membantu....
terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat kepada keluargaku


kali terakhir kulihat wajah ibu adalah semasa dikafankan, 
begitu tenang dan seolah-olah tersenyum....
mukanya nampak seperti orang yang masih muda.....
Alhamdulillah, Moga-moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa ibuku sebelum pemergiannya


memang pemergian orang yang kita sayang suatu perkara yang menyakitkan pada kita
namun sedarlah, adakah dengan menangis dan meratapi pemergian orang yang tersayang mampu menghidupkannya semula????
sekali-kali tidak.....
"setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian"
sudah dijanjikan ALLAH sayang setinggi mana pun kita pada seseorang tetapi seandainya 
sudah ditakdirkan ALLAH untuk dia pergi menghadap ALLAH mendahului kita maka seharusnya hati kita redha dengan kehendak ALLAH
"sesungguhnya ALLAH itu MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGETAHUI"
redhakan pemergiannya menghadap pencipta agar ruhnya tenang dan tenteram
andai benar-benar kita menyayanginya doalah agar ALLAH menempatkannya dikalangan orang yang soleh....
hadiahkannya al-FAtihah disetiap hujung doamu
pasti kasih sayangmu itu membuatkan ruhnya tenang.....

kepada yang masih mempunyai ibu,
sayangi ibu anda, doakan kebahagiaannya.....
lakukan perkara yang menggembirakan hatinya
bahagiakan ibumu selagi peluang masih tersedia....
jadilah anak yang soleh/solehah
telefon serta tanyakan khabarnya seandainya anda berjauhan darinya
pulanglah untuk seketika andai anda terlalu sibuk
lihatlah ibu kita, sesibuk manapun dia menguruskan rumah tangga 
namun tak pernah dia lupa untuk menyanyangi anak-anaknya....
adakah kesibukkanmu itu lebih utama dari ibumu???
siapa yang menahan siksanya mengandungkanmu selama 9 bulan 10 hari?
siapa yang menahan sakit untuk melahirkanmu?
siapa yang bersusah payah membesarkanmu?
siapa yang selalu mendoakan kejayaanmu sehingga kau boleh berdiri seperti sekarang?
siapa yang sentiasa berjaga malam sewaktu kau menangis mahukan susu semasa kecilmu?
siapa yang menyuapkan nasi sewaktu kau masih kecil?
anda tak perlu menjawab soalan ini tapi fikirkan jawapan ini untuk diri anda sendiri..... 
jadilah anak yang terbaik untuk ibu bapa anda......

kepada yang telah ketiadaan ibunya...
jangan bersedih......
simpanlah air  matamu
pastinya ibumu turut bersedih seandainya dia mengetahui anaknya menangisi pemergiannya....
fikirkanlah....
adakah dengan air matamu itu mampu menghidupkan ibumu semula?
adakah dengan ratapanmu itu mampu membuatkan ruh ibumu tenang?
adakah dengan esak tangismu mampu membahagiakan ibumu?
tidak bukan?
pemergian ibumu bukan bererti kamu tidak dapat berbakti lagi kepadanya
sebaliknya, doa-doamu yang engkau kirimkan selepas solatmu sudah membuktikan 
betapa sayangnya engkau kepadanya
doakanlah kebahagiannya
doakanlah ketengannya
doakanlah kebaikan untuknya....
'sesungguhnya apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala perkara darinya melainkan tiga perkara,salah satunya adalah doa anak yang soleh untuk ibu bapanya'
tidak mahukah anda ibu anda tenang dan bahagia 'disana'
janganlah berlaku kejam kepada arwah dengan meratapi pemergiannya
sebaliknya redhakan hatimu dan berdoalah untuknya....
itulah tanda kasih sayang yang berpanjangan seorang anak kepada ibu dan bapanya.....
walau tiada di mata tapi di hati tetap kekal selamanya......



JADILAH ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN IBU BAPANYA BUKAN SAHAJA DI DUNIA TETAPI DI AKHIRAT JUGA

TANDA SAYANG SEORANG ANAK KEPADA IBU BAPANYA ADALAH DENGAN MEMBAHAGIAKAN IBU BAPANYA DAN KASIH SAYANG ITU DAPAT DIPANJANGKAN LAGI WALAUPUN IBU BAPANYA SUDAH TIADA DI DUNIA INI DENGAN MEREDHAI PEMERGIANNYA SERTA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN IBU BAPANYA


APAKAH BUKTI ANDA MENYAYANGI IBU BAPA ANDA????
FIKIR-FIKIRKANLAH

25 May 2009

aku.....cinta...dan kehidupan

Love.....
I still wonder what is love......



have u ever think the meaning of it?
every person has own perception about it...
because love is abstract and subjective....

for me,
love is life, love make life sweet,bitter,hurt,smile,sad,stress,happy and million of feelings....
true love come from the bottom of the heart for something that the base is only for ALLAH.....
without love,life is nothing and cruel....


let see and think together.....
kerana cinta seorang ibu sanggup lakukan ape sahaja untuk memberi keselesaan kepada anaknya
kerana cinta seorang bapa sanggup bekerja keras untuk memberi hidup yang baik kepada anaknya
kerana cinta seorang insan sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang di sayanginya


tapi persoalannya....
apakah yang kita telah lakukan dalam membuktikan cinta kita kepada ALLAH
selama ini bila di tanya adakah kita cinta kepada ALLAH?
sering jawapan yang kita dengar adalah YA....
tapi apakah buktinya kita cinta kepada ALLAH???
adakah hanya dengan berkata AKU CINTA PADA ALLAH sudah membuktikan bahawa kita cinta pada ALLAH?????
cinta dari hati,cinta adalah milik pencipta cinta....
tapi apakah balasan yang kita telah beri kepada pencipta cinta yang telah menganugerahkan cinta kepada kita....


lihatlah kepada pemimpin agung ikutan kita, RASULULLAH....
bukti cintanya kepada pencipta sanggat terkesan
adakah masih wujud lagi manusia yang saggup disakiti untuk menebarkan cinta pencipta kepada insan yang masih mencari cinta pencipta
adakah masih wujud lagi manusia yang sanggup berlapar demi meneruskan rantaian cinta yang diwarisi dari insan yang paling dicintai pencipta cinta
adakah masih wujud lagi manusia yang tidak membalas kebencian manusia yang masih belum menjumpai cinta ILAHI
adakah masih wujud lagi manusia yang banyak berfikir dan bartindak dalam menebarkan cinta ILAHI kepada insan lain yang masih mencari cinta ILAHI
samalah kita selidik diri kita,sejauh mana cinta kita


jangan hanya jadi insan yang bijak berkata tentang cinta tanpa mengerti erti cinta yang sebenar
jangan menafsirkan cinta dari pandangan nafsu semata
sebaliknya ertikan cinta dari hati berlandaskan cinta ILAHI
selayaknya perlulah kita menebarkan cinta ILAHI seandainya kita mencintai pencipta kita
kerana cinta ILAHI itu milik semua dan setiap insan layak menerimanya

cinta itu aku,cinta itu kehidupan, cinta itu adalah anda....


Ya ALLAH jadikan kami mata rantai penerus cinta kekasihMU
Ya ALLAH berikan kami cintaMU
Ya ALLAH pandanglah kami dengan pandangan cintaMU
Ya ALLAH jadikan kami insan yang tabah dalam menebarkan cinta dan kasihMU
AMEEN........




24 May 2009

Tuhanku....
Aku MerinduiMu
Aku mahu hanya sujud kepadaMu..
Aku merindui saat aku tunduk penuh pengharapan kepadaMu
Aku merindui saat cintaku hanya kepadaMu
Aku merindui saat aku larut dalam cintaMU
Aku merindui saat kasih dan cintaku hanya untukMu


Tuhanku...
Hati ini serta diri ini seakan mahu lari dari semua ini
Lari dari kekalutan yang membaluti hati ini
Mahu pergi jauh dari semua ini
Pergi mencari dan memahatkan cintaku hanya untukMu
Biar jauh dan letih kaki ini melangkah
Biar sakit dan perit hati ini
Asalkan aku temui cintaMu
Asalkan HATI dan CINTA ini hanya untukMu

Tuhanku...
Pandanglah kepadaku
Pandanglah aku dengan cinta dan kasihMu
Berikan aku cintaMu agar hati ini hanya terpaut kapadaMu
Berikan aku kasihMu agar kaki ini serta jasad ini merasa nikmat berkasih kepadaMu
Agar hati ini merasa erti CINTA dan BERKASIH hanya untukMU

Tuhanku.....
Aku pohon kepadaMu agar cintaku hanya untukMu
Aku pohon kepadaMu agar hatiku hanya untukMu bukan selain dariMu
Aku pohon agar kasihMu sentiasa ada untukku
Aku pohon agar dengan kasihMu aku makin kuat mengharungi semuanya
Aku pohon agar aku sentiasa di pandangMu dengan pandangan kasih sayangMu

Tuhanku....
Siapalah aku untuk mengharap semua ini
Tetapi kepada siapa lagi yang berhak untukku berharap dan mengadu?
Hanya kepadaMu YA ALLAH
Yang telah menciptaku kerana rahmat dan rahimMu
Yang telah membawa aku BERLARI sejauh ini
Hanya kepada Kau penciptaku
Kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku
Kerana Engkau Tuhan yang menciptaku
Kerana Engkau Tuhanku, YA ALLAH



16 April 2009

life..people and patient

In life we cannot live alone...
we need poeple for some reasons,however when the relationship got problems we find that better for us to live alone...
No heart to be hurt,no person will be hurted,no need to think about hurt or hurting...
But it is not possible because no one in this world can live alone...
To be hurt by someone else or have hurt someone else is the nature of life...how to stand it? only ourselves know the suitable ways to face it...for me, i do like to get advice from someone that really close to me,i will tell that person the truth of the situation and she will give me advice to face the problem.
Just like now, i have been hurted by someone that i really care and without intentionally i have hurt someone else...
than i send a message to my closest friend at MESIR to get advice from her...
this is what she had said to me:

"dear friend, patient is the drug of choice for any deases because everything had planned by ALLAH. And ALLAH always wait for those who keep patience to overcome any obstacles. Lets think together,'Wahai insan, kau buatlah apa yang kau suka ke atasku kerana kau berniat untuk menyakitiku atau merampas kebahagiaanku. Tapi sedarlah wahai insan, kebahagianku berada dalam hatiku dan hatiku milik penciptaku. Kau hanya boleh merampas dariku bila kau berjaya mendampingi penciptaku.' yakinlah ALLAH menyayangimu,maka hatimu di uji dengan disakiti."

this message have make me think that,life is nothing,hurt is nothing if our heart is belong to ALLAH...
hurt is nature of life and only ALLAH have the way to cure it...love ALLAH will bring patient to face difficulty in life...
lets think it together....
Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....
thanks ALLAH for give me a friend that really help me so much...

01 April 2009

Nilai kesabaran

sebelum menjejak kaki ke alam kampus, saya dan sahabat-sahabat belajar di salah sebuah matrikulasi. selepas mendapat result peperiksaan untuk memasuki universiti, bermacam-macam perasaan yang kami rasai hasil daripada result yang kami terima. Atas rasa kasih dan sayang seorang kakak yang sama-sama telah lama merasai susah dan senang bersama, memberi sedikit taujihat kepada kami...berikut adalah taujihat yang telah dia emailkan kepada saya dan sahabat.....moga-moga apa yang dikongsi ini dapat memberi sedikit sebanyak peringatan kepada kita bersama...ambillah apa yang baik darinya....




Assalamualaikum

Sedikit taujihat untuk kita semua....

Sebelum tu marilah bersyukur krn diberi nikmat Iman dan Islam dan selawat atas rasulullah,sahabat dan ahlul bait..
Kita adalah Gharib(Asing) di dunia ni...
Sebagaimana islam dtg dlm keadaan dagang...begitu juga kita..pejuang agama Allah...adalah gharib dibumi Allah ini kerana dunia adalah penjara untuk orang Mukmin..

Pejuang agama Allah,
Antara sabar dan syukur...syukur adalah lebih susah...Berapa ramai antara kita yang ucap alhamdulillah bila diberi nikmat oleh Allah....contohnye nikmat sihat....Berapa ramai yang syukur?? Kita takkan bersyukur sampaila sakit datang menjenguk kita kan?
"Sesungguhnya kami memberi kamu 2 jalan sama ada kamu bersyukur atau kamu kufur" Al-Insan
Andai kita tidak bersyukur,maka kita adalah antara orag yang kufur...nauzubillah...


Kat sini nak bagi satu citer...mungkin dah pernah dengar...tak pe la...semakin diulang,semakin baik..
Kisah sebijik anak tiram (tak tahula sebijik ke...sebutir ke...) Mak dia pesan jangan main pasir...tapi dia tak dengar...dia main jugak sampaila banyak pasir masuk dlm badan dia....Pas tu,anak tiram ni sakit coz banyak sangat pasir yang dah masuk daalm badan....Hari2 nangis...dia tengok adik beradia dia yang lain tak sakit pun...Anak tiram ni pun sabar jugak.... Dalam tangisan tu dia doa pada Allah supaya masukkan dia dalam golongan yang sabar...
Lama2 tiram tertutup....bila dah tibe masa untuk terbuka,anak tiram yang banyak masuk pasir tadi ada mutiara besar yang sangat berharga dalam badan dia berbanding adik2 nye yang lain...

Pengajaran kat sini...Ujian yang Allah bagi,kita tak tahu ada rahmat disebaliknye.Biasanye,bila kita kena uji,kita akan sedih teringatkan musibah tu....sedangkan kita tak perasan biasanya Allah dah membuka banyak lagi peluang dan pintu rahmatnya pada kita bila kita ditimpa musibah.....tapi kita biasanya tak sedar...


Buat masa sekarang,berdoala pada Allah untuk diri kita dan sahabat kita jugak....kalau boleh sebut nama...krn itu lebih mujarab....Doakan supaya kita semua ditempatkan Allah disuatu tempat yang kita boleh jaga aqidah kita...iman kita...tempat yang boleh dekatkan diri kita dngan Allah...Dan tempat yang boleh baig kecemerlangan pada kita dlm pelajaran...

Insyaallah Kita mujahid pejuang agama Allah...Biasala kena uji..."Adakah kamu dikatakan beriman sedangkan kamu tidak diuji"
Semoga Allah merahmati kita semua....
Syukran coz sudi baca...
Moga Allah letakkan kita pada tempat hambanya yang soleh dan solehah



ambillah apa yang baik dari taujihat ini....manfaatkannya...