Alhamdulillah, Baru-baru ini beberapa application takaful dari client saya telah inforce dan perkara ini membuatkan saya berasa sangat gembira.
Saya gembira kerana client sudah mendapat perlindungan peribadi mereka dan jika berlaku sesuatu sekurang-kurangnya mereka mempunyai perlindungan pendapatan. Apa yang membuatkan saya lebih gembira adalah mereka akan mendapat servis upah haji secara automatik jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada mereka dan perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban ahli keluarga untuk membuat upah haji bagi pihak mereka jika mereka tidak sempat mengerjakan haji semasa hayat.
Ye, ada daripada client saya telah pun mendaftar dengan tabung haji untuk mengerjakan haji tetapi untuk menunggu giliran mereka ia memakan masa bertahun malah puluhan tahun jadi sekurang-kurangnya apabila mereka mempunyai pelan khairat badal haji ini mereka tidak perlu bimbang lagi jika mereka tidak sempat mengerjakan haji semasa hayat. Jadi, samada hidup atau telah meninggal dunia, client saya telah mendapat jaminan haji. Alhamdulillah...Syukur ya ALLAH.
Setelah application mereka telah inforce, saya segera memberi khidmat pesanan ringkas kepada client menyatakan application mereka telah berkuat kuasa, client saya juga mengucapkan syukur kerana mereka kini telah mempunyai perlindungan peribadi dan yang membuatkan mereka berasa lega apabila mereka telah mengetahui yang mereka memiliki servis upah haji dan ini memberi kelegaan kepada mereka.
Teringat semasa program di Sabak baru-baru ini, salah seorang penggunjung yang telah menyertai pelan Khairat Badal Haji ini menyatakan rasa lega,gembira beliau kepada kami. Katanya" Saya rasa perkara ini perlu dikongsi dengan semua, saya gembira kerana telah mendaftar untuk memiliki pelah Khairat Badal Haji ini. Saya telah daftar dengan Tabung Haji untuk pergi haji tetapi giliran saya lambat lagi nak sampai jadi bila saya dapat tahu tentang plan Khairat Badal Haji ni, saya terus sertai sebab saya rasa kalau saya tak sempat buat haji, saya akan dapat upah haji melalui pelan ini. Kalau saya meninggal nanti saya tak perlu harapkan anak-anak untuk pergi buat upah haji pada saya, jadi ni dah mudahkan kerja saya. Lagipun zaman sekarang ni nak harap anak-anak buat upah haji kat kita bila kita dah tak de nanti mungkin susahla, tengokla anak-anak walaupun gaji beribu tapi kalau duduk kat Kuala Lumpur tu.cukup-cukup je gaji tu untuk tanggung anak bini. Paling tidak, bila saya sertai pelan ini, saya dah kurangkan beban keluarga saya nak pikir pasal upah haji kat saya dan duit khairat yang dapat tu nanti boleh la jugak diaorang nak guna uruskan apa yang patut. Hutang saya ke, majlis tahlil ke dan yang lebih-lebih tu boleh diaorang guna juga." Gembira bila dengar mereka yang menyertai pelan ini memberi respon sebegini, kerana mereka tahu kepentingan Rukun Islam yang kelima itu.
Jadi pelan perlindung dari kami bukan sahaja memberi perlindungan kerana kami juga menyediakan servis badal haji,waqaf serta qurban. Peserta yang menyertai pelan ini boleh memiliki servis ini secara automatik. Manfaat dunia dapat, manfaat akhirat juga dapat.
Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan servis yang ditawarkan boleh PM saya ke email saya insyirah.ibtisam7@gmail.com
Selain pelan perlindungan pendapatan, saya juga menawarkan investment plan, employee benefit scheme, business continuing plan, child education plan,MLTT(Mortgage Takaful) n etc..

