04 June 2009

MARRIAGE...MARRIAGE....MARRIAGE?????

pagi semalam saya telah pergi ke majlis walimah kakak saudara saya
rumahnya tak jauh dari rumah saya
katanya dia berkahwin dengan kawan lamanye...
kalau dah memang jodoh,tak ke mana...moga mereka di bawah redhaNYA....
teringat pula peristiwa masa  tahun satu dahulu,lecturer English pernah tanye "What would you wear for your wedding Mariyam?"
"Have you plan it?"
masa tu saya terkedu,tak terfikir yang lecturer akan bertanya soalan itu kepada saya,dalam minda memang tidak pernah terfikir tentang perkahwinan apatah lagi merancang pakaian untuk majlis walimah.....
akhirnya saya jawab juga walaupun  tak tahu jawapan sebenar untuk soalan itu
"errrrr songket may be" itu jawapan ku....tapi jawapan itu pun saya beri setelah lecturer memberi beberapa pilihan jenis pakaian sempena majlis walimah....
erm.....kenangan.......


marriage..............
ape yea perkahwinan nie sebenarnye????
ada orang cakap perkahwinan itu menyatukan 2 hati....
2 hati je ke???
macam mana dengan hati ahli keluarga kedua-dua belah mempelai???
takkan penyatuan hati kedua-dua mempelai je kot???
erm, i have no answer for this question...
same-samelah kite mencari jawapannye.....



bila sebut tentang perkahwinan nie, saya teringat akan buku 'Aku Terima Nikahnya'
hasil tulisan Ustaz Hasrizal yang betul-betul membuat saya berfikir dan menjawab banyak perkara yang menjadi persoalan dalam minda saya...
Alhamdulillah, saya baru khatam buku nie kire-kire sebulan yang lalu
sebuah buku yang sangat bagus dan sangat membantu
nak tahu lebih,kenalah baca sendiri.....
baru anda dapat menilai dari kaca mata anda sendiri


post saya kali ini bukan untuk mempromosi buku 'Aku Terima Nikahnya'
tapi nak berpost tentang MARRIAGE
menyorot kembali sejarah kelahiran kita...
bermula dari bayi kita dibesarkan kemudian kita memasuki daerah kanak-kanak yang penuh kecerian,tawa tangis,kawan,bergaduh,dan sebagainya....
menjengah pula zaman remaja,zaman yang penuh kekeliruan,pencarian identiti,memahami erti persahabatan,penghargaan,dan zaman yang cukup popular dengan cinta monyet
erm....cinta monyet atau bercinta mengalahkan monyet???
entahlah....agaknye monyet pun tak bercinta sebegitu....
kemudian kita beralih pula ke negeri dewasa
negeri yang mengajar bagaimana untuk menjadi insan yang bertanggungjawab,malahan inilah negeri yang membawa kita ke alam pekerjaan
kerja,kerja,kerja.......
setelah itu datang pula waktunya untuk kita melihat kedut-kedut bertambah di muka...
apalagi waktu yang sinonim dengan kedutan yang berjuta di muka kalau bukan waktu tua
selepas itu datang pula ape???
erm anda boleh meneka sendiri ape yang terjadi selepas tua...
tapi harus diingat kematian itu datang bukan selepas waktu tua sahaja malah bile-bile saje yang telah ditetapkan ALLAH maka pergilah kita menghadapNYA...


MARRIAGE..MARRIAGE..MARRIAGE...
bila sebut tentang perkahwinan mesti dikaitkan dengan cinta...
confirm ke orang yang bercinta dengan kite tue adalah jodoh kite???? hanya mereka yang bertuah sahaja akan berkahwin dengan orang yang bercinta dengannye... itupun sememangnye telah ALLAH takdirkan untuk jadi begitu....
bila cakap pasal kahwin nie,saya tertarik dengan penulisan ustaz Hasrizal yang mengatakan perkahwian itu lebih daripada untuk mengelakkan maksiat.....
memang betul, perkahwinan itu bukan untuk mengelakkan maksiat sahaja tapi ia menuntut lebih dari itu...
jangan lupa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas perkahwinan......
kerana yang dikahwini oleh seorang lelaki itu adalah anak manusia bukan anak patung..
sebenarnya perkahwinan itu melangkaui erti cinta,suka,seronok dan sebagainya kerana perkahwinan itu membawa kedua-dua insan ke dunia yang yang lebih besar dan mencabar...
jadi kepada yang merancang untuk berkahwin perlulah bersedia bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental kerana dalam perkahwinan itu pasti menuntut pengorbanan,tolak ansur,sabar,saling menguatkan dan sebagainya....
sebab itu di awal perkahwinan adalah mawaddah dan sesudahnya adalah rahmah....
saya bukan orang yang fakih dalam bab sebegini tambahan pula saya masih mentah untuk membincangkan dengan lebih lanjut isu ini...
jadi saranan saya kepada yang merancang untuk berkahwin bacalah buku 'Aku Terima Nikahnya' dan jika anda sudah berkahwin tidak menjadi masalah untuk membaca buku ini kerana buku ini saya pasti dalamnya banyak info yang bermanfaat
dan kepada yang tengah bercinta memang perlu untuk anda membaca buku ini supaya anda tahu ke mana arah yang seharusnya untuk anda membawa cinta anda....
dan saya juga menyarankan supaya anda membaca buku 'Mens are from Mars, Womens are from Venus'...banyak info yang boleh diambil daripada buku tulisan John Gray ini...

erm sebelum saya mengakhiri post saya kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman seorang kakak senior saya yang baru diijabkabulkan hujung tahun lepas...
Alhamdulillah,kedua-dua pasangan ini adalah hafiz dan hafizah,
ape yang dia cakapkan perkahwinan nie berbeza dari dunia biasa terutama alam percintaan...
orang yang kita kenal semasa kita bercinta dengannya adalah berbeza apabila kita sudah berkahwin dengannya...dan dia katakan dia memerlukan masa lebih kurang 4 bulan untuk menyesuaikan diri dengan suaminya....
bayangkanlah jika hafiz dan hafizah yang perkahwinannya melalui orang tengah pun menghadapi perkara sebegini apatah lagi kalau yang bercinta bagai nak rak.....
ape-apepun masing-masing mampu berfikir, jadi fikir-fikirkanlah.....

saya masih ingat pesanan teman yang akrab dengan saya bila bercakap tentang cinta dan pasangan....
katanya serahkan cinta kita hanya kepada  ALLAH,moga-moga dengan cinta itu ALLAH pantulkan semula kepada insan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk kita......


cinta tak buta
tapi orang yang bercinta itu yang membutakan matanya..
cinta tak salah
tapi cinta yang bersandarkan nafsu itu yang salah..
cinta tidak merosakkan
tetapi manusia yang merosakkan erti cinta..
cinta itu tidak melalaikan
tetapi manusia yang melalaikan cintaNYA..
serahkan hatimu dan cintamu kepada pencipta cinta,pasti cintamu akan berbalas dan bahagia....
 wallahu'alam....







1 comment:

  1. panjang nye entry pasal kahwin ni mariyam..mcm dah sampai seru je..siapakah jejaka bertuah tu ye? mungkinkah insan yg berpengaruh di USIM? ataupun ex-YDP ke..mane tau kn..apepun semoga berbahagia..

    ReplyDelete