01 June 2009

KEKASIH HATIKU

esok hari rabu menjelma....
padaku, banyak peristiwa yang berlaku pada hari rabu
daripada perkara yang menggembirakan sehinggalah perkara yang paling menyakitkan...
tapi, peristiwa yang akan selalu ku ingat bila tibanya hari rabu adalah 
perginya kekasih hatiku yang paling ku sayang iaitu IBUKU 
menghadap Pencipta yang Maha Penyayang


pemergian ibuku pasti memberi kesan padaku,
perginya ibuku telah membawa separuh dari hatiku
dialah tempat ku meluahkan segala perasaan terutama 
kesedihan bila result examku tak begitu baik
"tak pe la, adik cuba la lagi, mak doakan adik, adik jangan risau, adik buat elok-elok yea, mak selalu doakan adik" 
inilah kata-kata yang selalu ibuku pahatkan bila aku memberitahu result examku tidak begitu baik....
bertuahnya aku kerana mempunyai seorang ibu yang selalu mendoakan untukku
'Ya ALLAH rahmati dan kasihi arwah ibuku sepertimana kasihnya kepadaku'

masih teringat bagaimana aku melihat sekujur tubuh yang kaku tidak bernyawa di atas katil di HKL sewaktu aku menjejakkan kaki ke wad di HKL seawal jam 6.45pagi.....
aku mencium kaki ibuku, memeluknya semahuku......
aku cium pula wajahnya berkali-kali yang selalu ku cium bila aku pulang ke kampung
hatiku hancur saat itu namun aku tetap mendoakan agar ruh ibuku tenang.....
walaupun sakit dan perit namun 
aku tetap redha dengan kehendak ALLAH yang Maha Mengetahui


Alhamdulillah, jenazah ibu selamat disemadikan selepas asar....
proses pengkebumian berjalan dengan lancar sekali
semasa memandikan jenazah ibuku,
kami adik-beradik sempat memandikan jenazah ibu bersama-sama
semasa mengkafankan ibu, pertama kali aku melihat kakak sulungku menangis
tak pernah aku melihat dia menangis, inilah kali pertama...
ramai saudara terdekat serta kenalan keluargaku yang hadir dan membantu....
terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat kepada keluargaku


kali terakhir kulihat wajah ibu adalah semasa dikafankan, 
begitu tenang dan seolah-olah tersenyum....
mukanya nampak seperti orang yang masih muda.....
Alhamdulillah, Moga-moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa ibuku sebelum pemergiannya


memang pemergian orang yang kita sayang suatu perkara yang menyakitkan pada kita
namun sedarlah, adakah dengan menangis dan meratapi pemergian orang yang tersayang mampu menghidupkannya semula????
sekali-kali tidak.....
"setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian"
sudah dijanjikan ALLAH sayang setinggi mana pun kita pada seseorang tetapi seandainya 
sudah ditakdirkan ALLAH untuk dia pergi menghadap ALLAH mendahului kita maka seharusnya hati kita redha dengan kehendak ALLAH
"sesungguhnya ALLAH itu MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGETAHUI"
redhakan pemergiannya menghadap pencipta agar ruhnya tenang dan tenteram
andai benar-benar kita menyayanginya doalah agar ALLAH menempatkannya dikalangan orang yang soleh....
hadiahkannya al-FAtihah disetiap hujung doamu
pasti kasih sayangmu itu membuatkan ruhnya tenang.....

kepada yang masih mempunyai ibu,
sayangi ibu anda, doakan kebahagiaannya.....
lakukan perkara yang menggembirakan hatinya
bahagiakan ibumu selagi peluang masih tersedia....
jadilah anak yang soleh/solehah
telefon serta tanyakan khabarnya seandainya anda berjauhan darinya
pulanglah untuk seketika andai anda terlalu sibuk
lihatlah ibu kita, sesibuk manapun dia menguruskan rumah tangga 
namun tak pernah dia lupa untuk menyanyangi anak-anaknya....
adakah kesibukkanmu itu lebih utama dari ibumu???
siapa yang menahan siksanya mengandungkanmu selama 9 bulan 10 hari?
siapa yang menahan sakit untuk melahirkanmu?
siapa yang bersusah payah membesarkanmu?
siapa yang selalu mendoakan kejayaanmu sehingga kau boleh berdiri seperti sekarang?
siapa yang sentiasa berjaga malam sewaktu kau menangis mahukan susu semasa kecilmu?
siapa yang menyuapkan nasi sewaktu kau masih kecil?
anda tak perlu menjawab soalan ini tapi fikirkan jawapan ini untuk diri anda sendiri..... 
jadilah anak yang terbaik untuk ibu bapa anda......

kepada yang telah ketiadaan ibunya...
jangan bersedih......
simpanlah air  matamu
pastinya ibumu turut bersedih seandainya dia mengetahui anaknya menangisi pemergiannya....
fikirkanlah....
adakah dengan air matamu itu mampu menghidupkan ibumu semula?
adakah dengan ratapanmu itu mampu membuatkan ruh ibumu tenang?
adakah dengan esak tangismu mampu membahagiakan ibumu?
tidak bukan?
pemergian ibumu bukan bererti kamu tidak dapat berbakti lagi kepadanya
sebaliknya, doa-doamu yang engkau kirimkan selepas solatmu sudah membuktikan 
betapa sayangnya engkau kepadanya
doakanlah kebahagiannya
doakanlah ketengannya
doakanlah kebaikan untuknya....
'sesungguhnya apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala perkara darinya melainkan tiga perkara,salah satunya adalah doa anak yang soleh untuk ibu bapanya'
tidak mahukah anda ibu anda tenang dan bahagia 'disana'
janganlah berlaku kejam kepada arwah dengan meratapi pemergiannya
sebaliknya redhakan hatimu dan berdoalah untuknya....
itulah tanda kasih sayang yang berpanjangan seorang anak kepada ibu dan bapanya.....
walau tiada di mata tapi di hati tetap kekal selamanya......



JADILAH ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN IBU BAPANYA BUKAN SAHAJA DI DUNIA TETAPI DI AKHIRAT JUGA

TANDA SAYANG SEORANG ANAK KEPADA IBU BAPANYA ADALAH DENGAN MEMBAHAGIAKAN IBU BAPANYA DAN KASIH SAYANG ITU DAPAT DIPANJANGKAN LAGI WALAUPUN IBU BAPANYA SUDAH TIADA DI DUNIA INI DENGAN MEREDHAI PEMERGIANNYA SERTA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN IBU BAPANYA


APAKAH BUKTI ANDA MENYAYANGI IBU BAPA ANDA????
FIKIR-FIKIRKANLAH

1 comment:

  1. Semoga ruh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solehin dan syuhada'.

    ReplyDelete