27 November 2009

kasihku..mak abah

Rindu untuk berkongsi dan menulis sesuatu

Akhirnye dapat juga saya mencoret di ruangan ini, lama rasanye saya tidak menulis..nak kata sibuk, setiap manusia itu dibekalkan 24 jam dan begitu juga dengan saya tp mungkin keadaan hidup saya kebelakangan ini yang tidak mengizinkan saya untuk berkongsi pendapat atau pandangan..

Benarlah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, rentetan dari perjalanan hidup saya kebelakangan ini saya akui banyak perkara yang telah terjadi tapi semua itu saya harus terima dengan hati yang redha dan saya perlu tenang menhadapinya

Kali terakhir saya menulis kira beberapa bulan yang lalu. Saya masih ingat semasa saya menulis ketika itu, arwah abah saya masih ada dan dia hanya memerhati saya menulis sesuatu untuk halaman ini. Masuk hari ini sudah 2 bulan 26 hari abah pergi mengikut arwah mak menghadap Yang Maha Esa. Abah pergi setelah 7 bulan 23 hari arwah meninggalkan saya dan adik beradik yang lain untuk selamanya.. Abah pergi semasa kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke 13.

Semuanya berlaku begitu pantas, tak terjangka oleh saya untuk tahun ini saya telah kehilangan 2 orang yang paling saya sayang. Perginya mak dan abah telah membawa hati saya bersama mereka tetapi itu bukan bererti saya tidak redha dengan qada' dan qadar ALLAH tetapi mustahil untuk saya tidak berasa ape-ape atas pemergian insan yang telah banyak berkorban, mendidik, menguatkan, membimbing serta menyayangi saya walau siapapun saya dan apa yang saya lakukan.. adakah kasih mereka dapat di tandingi oleh insan lain?

Janganlah dibandingkan kasih rasulullah dengan kasih mak dan abah saya kerana kasih rasulullah kepada umatnya tiada tandingnya..
erm menyebut tentang kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya, adakah hati kita ikhlas menyayangi ibu bapa kita sepertimana tulusnya kasih mereka kepada kita? Jika ya, apa buktinya? fikir-fikirkan..
Adakah dihujung solat kita, kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih? Selalunya kita sentiasa meminta ibu bapa mendoakan kejayaan kita terutama bila tibanya musim peperiksaan tapi bagaimana dengan kita? Sudah cukupkah usaha kita bagi menghadapi peperiksaan sebelum meminta ibu bapa kita mendoakan kejayaan kita?
Teringat pula saya pada pesanan ustaz saya (Ustaz Shakib ar-Selan b Mat Saman) semasa di tingkatan 3 dulu, katanya "Adalah dikira wajib bg seorang anak untuk berjaya dalam pelajaran kerana apabila ibu dan bapa menghantar anak itu untuk mendapatkan ilmu dan pastinya ibu dan bapa mengharap supaya anak itu berjaya jadi ini dikira perintah yang sepatutnya ditaati oleh seorang anak" dan mengikut hak ibu bapa yang seorang anak perlu patuhi adalah mentaati perintah ibu bapa yang tidak melanggari syara' . Jadi sama-sama kita fikirkan tentang ini..

Saya akui peritnya rasa kehilangan orang yang paling saya sayang dan orang yang menjadi tulang belakang saya. Kalau dulu jika saya ada masalah saya hanya perlu dengar suara mak saya jika saya tak dapat balik dan peluk mak saya, tapi sekarang saya perlu belajar menhadapi dan menyelesaikan masalah sendiri.. Inilah didikan dari mak abah untuk saya.. Tak bererti jika mereka telah tiada, mereka tidak dapat mendidik saya tapi pemergian mereka mengajar saya untuk menjadi lebih tabah, kuat, berdikari dan yang paling penting tahu menjaga diri dengan baik agar apa yang saya lakukan tidak membuatkan ruh mereka tidak tenang di alam transit sebelum ke alam akhirat. Tetapi, lagi perit buat ruh mak dan abah jika saya tidak redha akan pemergian mereka jadi untuk kebahagian mak dan abah, telah saya redha akan kehendak ALLAH ini kerana saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tak terjangka oleh saya. Sesungguhnya ALLAH itu maha Sempurna lagi Maha Mengetahui.

erm rasanye, saya dah tak mampu nak meneruskan perkongsian..bukan kerana saya sedang menangis tetapi cukuplah sekadar ini. InsyaALLAH jika berkesempatan mungkin saya akan berkongsi lagi..


Bersempena raya aidil adha ini, saya ingin kita sama-sama kenangkan kembali pengorbanan insan yang paling banyak berjasa dalam hidup kita agar kita dapat mencerminkan diri kita semula dengan berfikir apakah kita telah membahagiakan ibu bapa kita atau sebaliknya..
Jadilah anak yang dapat membahagiakan ibu bapanya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kerana anak yang soleh dan solehah itu adalah harta yang paling berharga buat ibu bapanya..
wallahu'alam..


Ya ALLAH sayangi mak dan abahku melebihi kasih mereka kepadaku..
Ya ALLAH kupohon padaMU, ampuni dosa mak dan abahku..
tempatkan mereka di kalangan orang yang KAU kasihi..
Hadiahkan mereka kasih sayangMU..

YaALLAH
kerana kasihMU mereka bertemu di dunia..
maka kupohon kepadaMu agar temukan mereka di syurga MU
Jadikan mereka pasangan suami isteri yang bahagia hingga ke syurgaMU..
Ya ALLAH sayangilah mak dan abahku..
Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
AMEEN..




1 comment:

  1. semoga lebih tabah dan cekal mengharungi cabaran dunia..doakan mereka disetiap helaan nafas dan disetiap denyutan nadi..

    ReplyDelete