13 July 2009

UKHWAH KERANA ......

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (HR Imam Ahmad)

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhny a wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.."♥

Pada 28 jun yang lepas..
dalam yahoo group saya, ada seorang sahabat yang telah emailkan hadith serta beberapa ayat quran yang berkaitan ukhwah.
saya tertarik dengan ayat quran dan hadith yang telah di emailkan jadi saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi bersama anda semua...
sungguh mendalam maksud maksud ayat quran serta hadith tersebut...

Mencermin kembali kepada diri saya sendiri, sejauh mana marah dan sayang saya kepada sahabat adalah semata-mata kerana ALLAH?
adakah selama ini rasa marah dan sayang kita kepada makhluk ALLAH yang lain bersandarkan nafsu atau kerana ALLAH?
pernahkah kita terfikir tentang ini?
mungkin ada masanya kita sayang dan marah kerana ALLAH tapi kerapnya lebih kerana NAFSU....
terutama apabila rasa marah menguasai diri, pastinya yang menyucuk jarum kemarahan adalah syaitan maka timbullah rasa benci sesudah marah..
di mana ukhwah kerana ALLAH pada masa itu???
mungkin ukhwah itu hanya mainan bibir....
sejauhmana kita menyayangi seseorang kerana ALLAH?
yang pasti kita menyanyagi seseorang lebih kerana dia sering membantu kita, dia sering bersama kita, dia sering menghubungi kita, dia sering bergembira bersama kita...

tetapi pada dasarnya ukhwah itu melampui semua itu
kerana
jika berukhwah kerana ALLAH pastinya hati tidak marah bila di tegur kesalahannya sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka
jika berukhwah kerana ALLAH pasti sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya biarpun sahabat jauh dari kita
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan menasihati sahabat yang dalam kealpaan kerana rasa kasih kepadanya disandar kepada ALLAH agar rasa kasih itu dapat menjadi syafaat tika MIZAN menimbang amalan kita dan moga kerana kasih ini kita dan sahabat dapat bertemu di syurga ALLAH...
bukankah di akhirat nanti kita akan dihidupkan bersama orang yang kita kasihi?
jadi sejauh manakah kasih kita kerana ALLAH....
jika kita berukhwah kerana ALLAH pasti tidak merasa berat untuk membantu sahabat yang dalam kesusah
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan sentisa berlapang dada kepada sahabatnya
jika berukhwah kerana ALLAH pasti dia tidak mahu melihat sahabatnya terus melakukan kesalahan serta kemungkaran

tapi tak semua dari kita berukwah kerana ALLAH
kerana bila ditegur kita pasti cepat melenting
bila melihat sahabat melakukan kesalahan kita lebih gemar berdiam diri atau bercakap belakang
bila melihat sahabat dalam kealpaan mengingati ALLAH kita lebih gemar mencari lebih banyak kesilapan sahabat serta lebih gemar memperkatakan kealpaan sahabat berbanding membantunya untuk keluar dari kealpaan
bila sahabat jauh dari kita, kita lupa mendoakan kebaikkan untuk sahabat...

apakah nilai ukhwah kita?
sekadar di bibir atau ukhwah kita memang tidak pernah settle?
renung-renungkan.....

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

nasyid: raihan

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana. "(surah Al-anfal, 8:63)

No comments:

Post a Comment