11 February 2011

Siapa aku dan kamu?

Apa yang kamu inginkan dalam hidupmu?
Apa yang kamu cari dalam hidupmu?

Kadang-kadang kita terlalu mengear sesuatu
Hingga kita lupa apa yang kita kejar
Kadang-kadang kita mencari sesuatu
Hingga kita lupa apa yang kita cari
Lupa pada niat dipermulaan pencarian
Hingga kita hanyut entah kemana

Terlalu tenggelam dalam situasi
Hingga kita lemas dan rimas
Terbelenggu dengan sesuatu yang bukan masalah
Hingga membawa kita jauh dari titik permulaan
Dan akhirnya sepi dan kelu..

Perubahan dari satu alam ke satu alam
Membawa kita kepada pengenalan kepada diri
Siapa kita sebenar dan apa yang kita ingini
Perubahan mendidik diri mengenal tahap diri sebenar
Kukuhkah diri kita sebenarnya?
atau ranting rapuhkah kita?

Imbal semula keinginan
Teguhkan semula niatmu
Rancang kembali sinar hidupmu
Tiada siapa berhak keatas dirimu
Melainkan Penciptamu
Hati yang bersih akan sentiasa mempunyai peluang
Senyum pada cubaan
kerana ia penawar untuk kejayaan..