Alhamdulillah....
ucapan pertama dan selamanya untuk RABBku
Satu sem yang penuh dengan kesibukkan dan himpitan, sedikit tekanan kepada diri dalam menjalani sem ini tapi saya bersyukur kerana ALLAH masih di sisi saya menguatkan kaki saya untuk terus melangkah..
Ya ALLAH, kalau di lihat-lihat semula sepanjang sem ini memang tekanan sedikit berbeza tetapi semuanya dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit...
apa yang penting adalah SABAR dalam menghadapi tekanan dan himpitan itu...
THANK ALLAH BECAUSE BE WITH ME FOR EVERY SINGLE SECONDS...
Dalam satu sem nie, saya mencari- cari masa untuk menulis di halaman ini, akhirnya dapat juga saya berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat di halaman ini.
Sesungguhnya perancangan ALLAH itu sangat sempurna dan ada hikmah terselindung disebaliknya.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya yang terbaru sebelum menghadapi peperiksaan akhir sem pada 19 april yang lalu...
pengalaman yang betul-betul meninggalkan kesan dalam diri saya dan insyaALLAH tak mungkin dapat saya lupakan...
Selalunya, adalah menjadi kebiasaan kepada saya sebelum menghadapi peperiksaan untuk menelefon mak dan abah saya memohon agar mereka mendoakan saya agar berjaya dalam peperiksaan selain memohon restu daripada mereka. Tapi untuk peperiksaan kali ini saya tidak boleh lagi untuk melakukan perkara sedemikian kerana mak dan abah saya telah pergi menghadapNYA. Walaubagaimanapun, saya tetap mendoakan agar ruh mereka sentiasa dicucuri rahmat ALLAH.
Pada malam peperiksaan untuk kali ini, apa yang saya lakukan adalah dengan menghantar mesej kepada keenam-enam kakak saya memberitahu keesokkan harinya saya akan menduduki peperiksaan akhir dan memohon mereka mendoakan kejayaan saya. Ini adalah inti mesej saya kepada mereka
" Salam.. To all my dearest n beloved sisters..Esk adk stat final exam smpai 5/5 nie..Jd doakan adk dpt buat yg terbaik ea..Doakan adk yea..Love n miss u all so much"
Beberapa minit kemudian kakak-kakak saya membalas mesej saya
mesej pertama: Ok..gud luck, ada duit x nak mkn?
erm kakak saya yang sorang nie memang sangat perihatin pasal duit. Dia sangat risau kalau saya tak cukup duit untuk makan.
mesej kedua: Insya Allah, buat yang terbaik, b'usaha dengan tekun untuk capai kejayaan.:D
kakak saya yang sorang nie memang sporting and supportive skit..banyak benda boleh sembang dengan dia. She is kinda open minded sister to me..
mesej ketiga: My prayer always wt u. Hope u study smart, prayer n tawakkal to ALLAH. Insyaallah success will be with u. anyway try the best bebby! Gud luck. bye....
kakak saya yang nie pula memang seorang yang tegas, saya terharu sangat bile baca mesej dia tambah-tambah lagi dia panggil saya bebby sebabnya kalau sebelum nie, kakak saya yang sorang nie memang tegas,serius dan berdisiplin dan saya sedikit sukar nak bergurau dengan dia. Dengan erti kata lain, saya akan dengar cakap dia..
mesej keempat: Jwb peksa elok2 sok ye. Kak sentiasa doakan kejayaan adik.
kakak saya yang nie pula memang seorang yang menggambil berat. Kalau dia ada duit, suka sangat membeli barang-barang pada saya. Bukan setakat membeli barang tapi siap bagi duit belanja lagi..
mesej kelima: Akak doakan semoga adik dpt jwb setiap soalan dengan betul, buat yg trbaik k......
kakak saya yang nie, bab-bab belajar memang dia ambil berat. Dulu masa sekolah rendah dan menengah dia akan ajar saya kalau saya tak faham. Terutama subjek matematik. Malah masa nak PMR dan SPM dia banyak membeli buku latihan untuk saya buat.
dan salah sorang daripada kakak saya membalas mesej melalui facebook.
Apa yang saya nak cakapkan di sini adalah, ALLAH mengambil sesuatu dari kita tapi DIA gantikan dengan yang lebih baik.
kalau dulu, mak dan abah akan memberi kata-kata semangat tetapi sekarang kakak-kakak saya sentiasa memberi semangat dan support kepada saya. Selepas saya menerima mesej-mesej dari kakak-kakak saya, saya berasa semakin bersemangat serta untuk kali peperiksaan kali ini, saya berasa tenang menjawabnya.
Benarlah janji ALLAH itu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita sebagai hamba perlu untuk bersabar dalam menghadapi dugaan daripadaNYA. Cumanya kadang-kadang manusia itu lebih mudah berburuk sangka kepadaNYA sedangkan disebalik dugaan itu terselit hikmah yang tidak terjangka. Memang manusia itu kurang sabar dalam menghadapi hidup ini, mudah sahaja hilang pertimbangan bila dugaan datang. Sedangkan telah ALLAH janjikan dalam surah Asy-Syarh ayat kelima dan keenam telah ALLAH janjikan bagi setiap kesusahan itu ada kesenangannya. Mungkin kita sebagai hambanya sedikit terlupa dengan janji ALLAH ini.
YAKINLAH BAHAWA JANJI ALLAH ITU PASTI DITEPATI DAN JANGAN SEKALI-KALI MERAGUI JANJI-JANJINYA.
Dalam sebuah hadith Qudsi telah ALLAH nyatakan kepada hambaNYA bahawa DIA bersama persangkaan hambaNYA kepadaNYA . Jadi sentiasalah berbaik sangka kepadaNYA. Ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah dan jangan sekali-kali kita meragui janji ALLAH. Yakin dengan janjiNYA kepada kita kerana DIA pemilik kita yang ABADI. Carilah hikmah dalam setiap ketentuannya dan janganlah terburu-buru menghukum sesuatu sebelum hikmah itu kita perolehi.
Apa yang perlu kita lakukan sebagai seorang hamba kepadaNYA adalah bersabar dalam hadapi setiap perkara. Sesuatu yang baik itu tidak mungkin kita akan perolehi tanpa ada sedikit ujian dan dugaan daripadaNYA.
Sama-samalah kita renung-renungkan dalam diri kita seberapa YAKIN kita kepada janjiNYA kepada kita dan adakah kita benar-benar bersabar dalam hadapi dugaan daripadaNYA. mungkin mudah untuk bicarakan sabar tapi sukar untuk melakukannya, saya setuju dengan kenyataan ini tetapi cubalah kita pupuk sifat sabar ini dalam diri kita agar dengan sifat ini kita dapat melihat hikmah pada setiap ketentuan daripadaNYA..
wallahu'alam....