29 June 2014

Benar

Jika ini terbaik buat aku dan kamu
Aku rela tinggalkanmu demi Tuhanku
Aku pasti aku akan lebih bahagia
Kerana aku memilih untuk taat kepada penciptaku

Cintamu tidak sehebat cinta penciptaku terhadapku
Aku memilih untuk bahagia
Aku memilih untuk taat
Aku tinggalkanmu demi penciptaku
Kerana aku tidak mampu untuk hidup tanpa cinta dari penciptaku

Aku tidak pernah penat untuk mencintai Dia
Aku tidak pernah terluka saat mencintaiNya
Aku tidak pernah kecewa tika mencintaiNya
Aku bahagia dengan cintaNya

Aku memilih untuk taat pada Dia
Aku memilih untuk terus mencintai Dia
Untuk setiap hela nafasku

16 May 2014

Tuhan...jangan pernah biarkan aku sendiri

Sepi
Tenggelam dalam kehidupan
Lemas dalam cubaan
Rapuh dan jauh
Terlalu dalam bagiku
Hitam dan sakit

Tuhan
Aku perlukanMu dalam setiap hela nafasku
Aku perlukanMu untuk setiap saatku
Aku lemah tanpa kasihMu

Tuhan
Jangan pernah biar aku sendiri lalui hidup ini
Jangan pernah biar aku tentukan nasibku sendiri
Jangan pernah biar aku terus tenggelam

Tuhan
Peganglah hatiku sekuatnya
Genggamlah hatiku semahunya
Biar rasa itu pergi jauh dan menghilang

Tuhan
RedhaMu ku cari
PetunjukMu ku harap
CintaMu ku kejar
Dan aku tak akan pernah cuba untuk berhenti mencari

11 February 2011

Siapa aku dan kamu?

Apa yang kamu inginkan dalam hidupmu?
Apa yang kamu cari dalam hidupmu?

Kadang-kadang kita terlalu mengear sesuatu
Hingga kita lupa apa yang kita kejar
Kadang-kadang kita mencari sesuatu
Hingga kita lupa apa yang kita cari
Lupa pada niat dipermulaan pencarian
Hingga kita hanyut entah kemana

Terlalu tenggelam dalam situasi
Hingga kita lemas dan rimas
Terbelenggu dengan sesuatu yang bukan masalah
Hingga membawa kita jauh dari titik permulaan
Dan akhirnya sepi dan kelu..

Perubahan dari satu alam ke satu alam
Membawa kita kepada pengenalan kepada diri
Siapa kita sebenar dan apa yang kita ingini
Perubahan mendidik diri mengenal tahap diri sebenar
Kukuhkah diri kita sebenarnya?
atau ranting rapuhkah kita?

Imbal semula keinginan
Teguhkan semula niatmu
Rancang kembali sinar hidupmu
Tiada siapa berhak keatas dirimu
Melainkan Penciptamu
Hati yang bersih akan sentiasa mempunyai peluang
Senyum pada cubaan
kerana ia penawar untuk kejayaan..

06 November 2010

Sebuah Perjalanan yang Panjang

Life..
so mysterious
undefined,unpredictable, unexpected..

Sometimes
things happen without we're well prepared..
Should we blame the fate or it is our fault that we don't want to admit..

Did ALLAH have said in His Noble Al-Quran..
"Know that the life of the world is only play, and idle talk, and pageantry, and boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children; as the likeness of vegetation after rain, whereof the growth is pleasing to the husband man, but afterward it drieth up and thou seest itturning yellow, then it becometh straw. And in the Hereafter there is grievous punishment, and (also) forgiveness from Allah and His goodpleasure, whereas the life of the world is but matter of illusion."(57;20)
so,isn't it our fault?
never remember our Lord words..
always feel that life is unfair and cruel without judge on ourselves first


However
for those who always repent and seek forgiveness from ALLAH..
ALLAH did promise for them the forgiveness and serenity..
"Race one with another for forgiveness from your Lord and a Garden whereof the breadth is as the breadth of the heavens and the earth,which is in store for those who believe in Allah and His messengers. Suchis the bounty of Allah, which He bestoweth upon whom He will, and Allah isof Infinite Bounty."(57;21)
Why don't we grab the chance that ALLAH had given to us?
Seek His forgiveness and repent from all the wrong things that we have done..
and ALLAH's LOVE will be ours..

Terima hidup ini seadanya dan hadapi hidup ini dengan hati yang terbuka..
lalui segala dugaan dengan hati yang tenang dan sabar..
Sesungguhnya ALLAH tetap bersama orang yang sabar..

YA ALLAH
jadikan kami hambaMU yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMU
jadikan kami hambaMU yang tidak akan bersedih hati
apabila apa yang Engkau anugerahkan kembali semula kepadaMU
sesungguhnya apa milikku adalah pinjaman buat diriku
dan sesungguhya ia adalah milikMU yang kekal..
Jadikan kami hambaMU yang hatinya sentiasa IKHLAS dalam mencari cintaMU
dan redha dengan kehendakMU

YA ALLAH
lunakkan hati kami dengan rasa cinta kepadaMU
lembutkan ia dengan janji-janji dan peringatanMu
didiklah hati-hati kami untuk mensyukuri pemberianMU
janganlah Engkau biarkan hati ini lalai dari mencintaiMU

YA ALLAH
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Perkenankan doaku ini..
AMEEN YA RABB..

31 August 2010

Sahabat aku rindu kamu..

Setelah hampir empat bulan tidak menjenguk ke laman ini, akhirnya berkesempatan juga untuk mencoretkan sesuatu..

rindu aku padanya..
masih teringat saat iftar bersama di UKM pada ramadhan yang lepas..
pertemuan pertama setelah hampir beberapa tahun dia ke Mesir..sangat gembira dapat bertemu semula dengan dia..kerana saat itu saya memang memerlukan sedikit kekuatan daripada seseorang dan akhirnya ALLAH hantar dia untuk tenangkan hati saya..

ALLAH hu RABBI..
ALLAH itu Maha Mendengar..
nasihat dan pesanan daripada sahabat baik saya itu memberi kekuatan kepada saya..Dia hadiahkan juga kepada saya sebuah buku karangan Dr A'id al-Qarni yg bertajuk ' You Can Be The Happiest Women in The World; a treasurer chest of reminders'.
Buku ini telah berkali-kali saya baca, sangat bermanfaat dan bermakna buat saya..banyak pengajaran yang saya dapat ambil daripada buku ini..

sahabatku..
benarlah seperti yang selalu kita dengar, sahabat yang baik itu umpama harta yang berharga buat sahabatnya dan dia adalah permata buat saya..
seorang sahabat yang baik akan sentiasa menasihati kita dan sentiasa bersama kita dalam susah atau senang..
dia adalah sahabat yang mudah untuk saya berkongsi sesuatu dan mudah untuk memberi nasihat apabila saya meminta nasihat daripadanya..
masuk tahun ini sudah empat tahun kami bersahabat, walaupun dia jauh tetapi saya tetap rasa dia sangat dekat dengan saya..
saya bersyukur kerana ALLAH telah kurniakan sahabat yang baik seperti dia kepada saya..


sahabatku..
saya rindu kamu..
rindu dengan nasihat juga pesanan darimu..
moga kita tetap bersahabat hingga ke akhirnya..
Ya ALLAH, sayangilah serta rahmatilah sahabat-sahabatku dan satukan hati kami hanya keranaMU..
Jadikan kami pemuda yang bertemu dan berpisah hanya keranaMU..
syukur atas kurniaanMU..

08 May 2010

ALLAH lebih mengetahui...

Alhamdulillah....
ucapan pertama dan selamanya untuk RABBku

Satu sem yang penuh dengan kesibukkan dan himpitan, sedikit tekanan kepada diri dalam menjalani sem ini tapi saya bersyukur kerana ALLAH masih di sisi saya menguatkan kaki saya untuk terus melangkah..

Ya ALLAH, kalau di lihat-lihat semula sepanjang sem ini memang tekanan sedikit berbeza tetapi semuanya dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit...
apa yang penting adalah SABAR dalam menghadapi tekanan dan himpitan itu...
THANK ALLAH BECAUSE BE WITH ME FOR EVERY SINGLE SECONDS...

Dalam satu sem nie, saya mencari- cari masa untuk menulis di halaman ini, akhirnya dapat juga saya berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat di halaman ini.
Sesungguhnya perancangan ALLAH itu sangat sempurna dan ada hikmah terselindung disebaliknya.


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya yang terbaru sebelum menghadapi peperiksaan akhir sem pada 19 april yang lalu...
pengalaman yang betul-betul meninggalkan kesan dalam diri saya dan insyaALLAH tak mungkin dapat saya lupakan...

Selalunya, adalah menjadi kebiasaan kepada saya sebelum menghadapi peperiksaan untuk menelefon mak dan abah saya memohon agar mereka mendoakan saya agar berjaya dalam peperiksaan selain memohon restu daripada mereka. Tapi untuk peperiksaan kali ini saya tidak boleh lagi untuk melakukan perkara sedemikian kerana mak dan abah saya telah pergi menghadapNYA. Walaubagaimanapun, saya tetap mendoakan agar ruh mereka sentiasa dicucuri rahmat ALLAH.

Pada malam peperiksaan untuk kali ini, apa yang saya lakukan adalah dengan menghantar mesej kepada keenam-enam kakak saya memberitahu keesokkan harinya saya akan menduduki peperiksaan akhir dan memohon mereka mendoakan kejayaan saya. Ini adalah inti mesej saya kepada mereka
" Salam.. To all my dearest n beloved sisters..Esk adk stat final exam smpai 5/5 nie..Jd doakan adk dpt buat yg terbaik ea..Doakan adk yea..Love n miss u all so much"
Beberapa minit kemudian kakak-kakak saya membalas mesej saya

mesej pertama: Ok..gud luck, ada duit x nak mkn?
erm kakak saya yang sorang nie memang sangat perihatin pasal duit. Dia sangat risau kalau saya tak cukup duit untuk makan.

mesej kedua: Insya Allah, buat yang terbaik, b'usaha dengan tekun untuk capai kejayaan.:D
kakak saya yang sorang nie memang sporting and supportive skit..banyak benda boleh sembang dengan dia. She is kinda open minded sister to me..

mesej ketiga: My prayer always wt u. Hope u study smart, prayer n tawakkal to ALLAH. Insyaallah success will be with u. anyway try the best bebby! Gud luck. bye....
kakak saya yang nie pula memang seorang yang tegas, saya terharu sangat bile baca mesej dia tambah-tambah lagi dia panggil saya bebby sebabnya kalau sebelum nie, kakak saya yang sorang nie memang tegas,serius dan berdisiplin dan saya sedikit sukar nak bergurau dengan dia. Dengan erti kata lain, saya akan dengar cakap dia..

mesej keempat: Jwb peksa elok2 sok ye. Kak sentiasa doakan kejayaan adik.
kakak saya yang nie pula memang seorang yang menggambil berat. Kalau dia ada duit, suka sangat membeli barang-barang pada saya. Bukan setakat membeli barang tapi siap bagi duit belanja lagi..

mesej kelima: Akak doakan semoga adik dpt jwb setiap soalan dengan betul, buat yg trbaik k......
kakak saya yang nie, bab-bab belajar memang dia ambil berat. Dulu masa sekolah rendah dan menengah dia akan ajar saya kalau saya tak faham. Terutama subjek matematik. Malah masa nak PMR dan SPM dia banyak membeli buku latihan untuk saya buat.

dan salah sorang daripada kakak saya membalas mesej melalui facebook.


Apa yang saya nak cakapkan di sini adalah, ALLAH mengambil sesuatu dari kita tapi DIA gantikan dengan yang lebih baik.
kalau dulu, mak dan abah akan memberi kata-kata semangat tetapi sekarang kakak-kakak saya sentiasa memberi semangat dan support kepada saya. Selepas saya menerima mesej-mesej dari kakak-kakak saya, saya berasa semakin bersemangat serta untuk kali peperiksaan kali ini, saya berasa tenang menjawabnya.

Benarlah janji ALLAH itu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita sebagai hamba perlu untuk bersabar dalam menghadapi dugaan daripadaNYA. Cumanya kadang-kadang manusia itu lebih mudah berburuk sangka kepadaNYA sedangkan disebalik dugaan itu terselit hikmah yang tidak terjangka. Memang manusia itu kurang sabar dalam menghadapi hidup ini, mudah sahaja hilang pertimbangan bila dugaan datang. Sedangkan telah ALLAH janjikan dalam surah Asy-Syarh ayat kelima dan keenam telah ALLAH janjikan bagi setiap kesusahan itu ada kesenangannya. Mungkin kita sebagai hambanya sedikit terlupa dengan janji ALLAH ini.
YAKINLAH BAHAWA JANJI ALLAH ITU PASTI DITEPATI DAN JANGAN SEKALI-KALI MERAGUI JANJI-JANJINYA.

Dalam sebuah hadith Qudsi telah ALLAH nyatakan kepada hambaNYA bahawa DIA bersama persangkaan hambaNYA kepadaNYA . Jadi sentiasalah berbaik sangka kepadaNYA. Ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah dan jangan sekali-kali kita meragui janji ALLAH. Yakin dengan janjiNYA kepada kita kerana DIA pemilik kita yang ABADI. Carilah hikmah dalam setiap ketentuannya dan janganlah terburu-buru menghukum sesuatu sebelum hikmah itu kita perolehi.


Apa yang perlu kita lakukan sebagai seorang hamba kepadaNYA adalah bersabar dalam hadapi setiap perkara. Sesuatu yang baik itu tidak mungkin kita akan perolehi tanpa ada sedikit ujian dan dugaan daripadaNYA.
Sama-samalah kita renung-renungkan dalam diri kita seberapa YAKIN kita kepada janjiNYA kepada kita dan adakah kita benar-benar bersabar dalam hadapi dugaan daripadaNYA. mungkin mudah untuk bicarakan sabar tapi sukar untuk melakukannya, saya setuju dengan kenyataan ini tetapi cubalah kita pupuk sifat sabar ini dalam diri kita agar dengan sifat ini kita dapat melihat hikmah pada setiap ketentuan daripadaNYA..

wallahu'alam....