Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH, moga kita semua sentiasa dalam RAHMAT dan REDHANYA..
Semakin lama didalam industri takaful ini semakin banyak perkara yang saya pelajari dan banyak pengalaman yang saya perolehi malah pelbagai cerita yang dapat saya dengar. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Walaubagaimanapun, apa yang mampu saya simpulkan adalah manusia itu sememangnya mudah lupa dan alpa. Sehingga pada satu tahap boleh dikatakan sudah "terhantuk baru terngadah" dan "selagi tidak berlaku pada diri sendiri selagi itu tidak terasa". Maaf andai peribahasa ini agak keras tetapi inilah kenyataan.
Beberapa hari yang lepas, saya mendapat mesej daripada leader saya menyatakan setelah kepulangannya dari Pulau Pinang, beliau mendapat perkhabaran yang sepupu beliau telah meninggal dunia kerana demam dijangkiti virus. Sepupu beliau baru berusia 35 tahun dan memiliki 4 cahaya mata yang masih kecil. Anak sulung baru berusia 10 tahun dan yang paling kecil 2 tahun. Sedih bila saya membaca mesej yang di'forward'kan daripada leader saya ini. bertambah sedih bila si mati tiada perlindungan takaful peribadi. Perkara pertama yang difikirkan oleh saya "Bagaimana isteri si mati akan membesarkan anak-anaknya?". Ya memang si isteri bekerja tetapi keadaan sudah berbeza bila si isteri sudah kehilanggan tempat bergantung.
Bukan sekadar hilang tempat bergantung malah selepas ini segala kos untuk membesarkan anak, sewa rumah, hutang-hutang, kereta, utiliti,makan minum, sekolah anak-anak semuanya akan ditanggung secara TOTAL oleh si isteri. Jika sebelum ini,tanggungjawab ini mungkin boleh ditanggung bersama suami tetapi sekarang tidak lagi. Di sinilah datangnya TAKAFUL untuk membantu mereka yang dalam keperluan tetapi malangnya tidak semua dapat melihat dan jika dapat melihatpun masih ada yang belum betul-betul ter'jaga' akan kepentingan takaful.
Ok, tinggal sekejap cerita yang menyayat hati itu, di sini tak salah rasanya jika saya berkongsi peranan dan kepentingan takaful kepada anda semua. Di sini saya listkan satu persatu kepentingan takaful dalam hidup kita dan saya akan ulas kemudian.
1.Takaful memberi perlindungan dan keselamatan
Takaful menyediakan perlindungan dan keselamatan terhadap kehilangan kerana sebab-sebab tertantu. Bayaran pampasan akan dibuat kepada waris pencarum atau pencarum apabila berlaku kematian,hilang upaya kekal atau polisi mencapai tempoh matang. Bayaran pampasan kepada waris pencarum atau pencarum jika berlaku kematian pra matang/ hilang upaya kekal atau polisi tamat tempoh adalah bergantung kepada jumlah perlindungan yang telah dipersetujui oleh sipencarum di awal caruman. Jadi setiap konsultan takaful perlulah mengetahui keperluan dan kemampuan si pencarum agar 'coverage' yang diperolehi mencukupi dan bersesuaian dengan si pencarum.
2. Takaful memberikan ketenangan fikiran
Kesemua daripada kita mempunyai impian..pelbagai impian yang ingin dicapai. Bagi yang sudah berkeluarga mungkin impian yang utama adalah melihat anak-anak membesar dengan baik dan mendapat pembelajaran formal yang cukup. Bagi yang masih bujang mungkin impiannya adalah untuk cemerlang dalam kerjaya yang diceburi.Tetapi pernahkah kita terfikir dalam perjalanan untuk mencapai impian kita itu, mungkin akan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kita seperti kematian,sakit kritikal, hilang upaya kekal,kemalangan yang membawa kepada kematian atau hilang upaya kekal? Mungkin kita ada terfikir tetapi kita sering membuang jauh-jauh pemikiran sebegitu kerana kita tidak mahu ianya berlaku dalam hidup kita. Tetapi kita tidak mampu untuk menolak jika perkara tersebut berlaku dalam hidup kita.Bukankan semuanya telah diaturka oleh takdir kita dan kita perlu redha jika ianya berlaku. Tetapi apa yang penting di sini adalah, " Adakah kita sudah membuat persiapan( memiliki plan perlindungan) jika perkara tersebut terjadi kepada diri kita?". Paling tidak, jika kita mempunyai perlindungan dari takaful, kita akan merasa sedikit lega jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita. Paling tidak, anak-anak yang ditinggalkan masih boleh meneruskan hidup dengan wang pampasan yang diterima dan isteri tidak terbeban dengan tanggungjawab yang terpikul di bahunya secara TOTAL. Andai hilang upaya, wang pampasan itulah sedikit sebanyak akan membantu kita untuk mendapat rawatan serta membeli keperluan semasa hilang upaya.
3. Takaful menghapuskan kebergantungan.
Jika berlaku kematian terhadapt si pencari nafkah keluarga, pastinya keluarga akan mengalami penderitaan dan memberi impak kepada 'standard of living' sesebuah keluarga dan penderitaan ini mungkin akan membawa kepada mengemis kepada saudara mara,jiran atau kawan-kawan. Kebebasan ekonomi keluarga mungkin akan berkurangan atau mungkin akan hilang sama sekali. Di sinilah takaful akan memberi bantuan, pampasan yang diterima akan membantu keluarga dapat menghadapi saat-saat sukar dengan lebih mudah. Amat menyedihkan jika anak-anak terpaksa mengemis untuk mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan jika si pencari nafkah tidak menyediakan satu pelan perlindungan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Sanggupkah anda melihat ahli keluarga meminta-minta kepada orang untuk meneruskan hidup sedangkan semasa hayat anda, anda sebenarnya MAMPU malah SANGAT MAMPU untuk memiliki pelan perlindungan. Maaf jika saya mengatakan, orang-orang yang sebegini adalah mereka yang mementingkan diri sendiri. Kerana pada saya, mereka lebih rela melihat orang-orang yang mereka tinggalkan itu menderita untuk meneruskan hidup berbanding berkorban sedikit untuk melihat orang-orang yang ditinggalkan itu dapat meneruskan hidup dengan baik.
4.Takaful menggalakkan budaya menyimpan
Selain daripada itu, takaful juga menggalakkan pencarum untuk menyimpan. Kebanyakkan daripada kita memang sukar untuk mendisiplinkan diri dalam menyimpan. Jadi melalui takaful inilah membantu kita mendisiplinkan diri untuk menyimpan. Secara faktanya, kini terdapat takaful yang mempunyai nilai tunai terkumpul beserta perlindungan. Jadi tidak rugi jika kita memiliki perlindungan kerana selain mempunyai perlindungan kita juga memperoleh simpanan.
Inilah beberapa kepentingan takaful kepada individu yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya ada beberapa lagi kepentingan dan kelebihan takaful kepada individu tetapi saya gariskan di sini beberapa sahaja yang penting untuk kita tahu dan ambil perhatian.
Bulan lepas saya ada menghadiri satu talk, dalam talk tu apa yang masih segar dalam ingatan saya adalah apabila si penceramah berkata " Jika saya tanya anda pada hari ini untuk memiliki/membeli sesuatu pasti ramai yang akan mengatakan saya tidak mampu dan jawapan yang sama juga akan saya perolehi jika saya tanya anda pada bulan berikutnya, tahun berikutnya, dan beberapa seterusnya. Jadi bila masa yang benar-benar kita mampu unutk memiliki/membeli? sebenarnya kita mencari alasan untuk tidak memiliki/membeli dan kita akan sedar kita mampu membeli/memiliki sesuatu itu apabila kita sudah kehilangannya". Kesimpulannya, kita sering memberi alasan saya tidak mampu,tidak cukup bajet,tidak bersedia,terlalu banyak komitmen lain untuk memiliki pelan perlindungan diri sehingga tiba saat kita 'benar-benar tidak mampu' atau 'tidak layak' memiliki pelan perlindungan takaful barulah kita sedar yang suatu masa dahulu kita sebenarnya MAMPU malah lebih daripada MAMPU untuk memiliki pelan perlindungan peribadi ini. Inilah yang saya katakan 'Sudah terhantuk baru terngadah'
Hidup ini indah dan sanggat indah, tetapi kadang-kadang kita sendiri yang mencalarkan keindahan itu. Keindahan dan kebahagiaan itu seharusnya kita kongsi bersama semua yang kita kenali tetapi kebanyakkan daripada kita lupa kebahagiaan dan keindahan yang kita miliki itu adalah rezeki yang tidak ternilai daripadaNYA yang hanya DIA pinjamkan sekejap untuk kita rasa dan kongsi. Bila kita lupa semuanya adalah daripadaNYA,kita menjadi terlalu pentingkan diri dan tidak mahu berkongsi dengan yang lain. Saya sebagai konsultan takaful hanya ingin yang terbaik buat anda dan mereka yang anda sayang. Agar KEINDAHAN dan KEBAHAGIAN itu dapat anda panjangkan kepada ahli keluarga anda dan sebagai bukti anda benar-benar menyayangi mereka dan mengambil berat akan masa depan mereka jika anda sudah tiada lagi atau hilang keupayaan mencari nafkah. Walaubagaimanapun, andalah yang membuat keputusan samada untuk hari esok anda serta mereka yang anda sayang masih mampu TERSENYUM atau MENANGIS.
wallahu'alam
Moga ALLAH merahmati kita semua dengan kasih sayangNYA yang tidak terhingga. Ameen.


0 comments:
Post a Comment