26 June 2011

ADA APA DENGAN TAKAFUL III: YA,saya takaful consultant..

Salam kepada semua sahabat-sahabat yang di Kasihi ALLAH..

Sebenarnya sudah hampir sebulan saya menjadi takaful consutant under Hong Leong Takaful. Banyak yang saya belajar dan banyak juga ilmu yang saya perolehi. Ye,mungkin bagi sesetengah orang berfikir kenapa perlu untuk saya sebagai degree holder menjadi ejen takaful padahal saya boleh menjawat jawatan yang sesuai dengan bidang saya. Pada saya, its okie..let people think what they love to think and i do whatever i love to do as long as benda yang saya lakukan itu tidak menyalahi syarak..apa salahnya jika saya mahu mencari pengalaman alam kerjaya..melakukan sesuatu..

okie,tinggalkan sebentar pemikiran-pemikiran orang lain tentang ejen takaful. Mari kita sama-sama berkongsi pengalaman tentang kerjaya sebagai takaful consultant yang saya perolehi dalam masa hampir sebulan saya menjadi ejen takaful. Sepanjang menjadi ejen nie ramai yang bertanya saya kenapa jadi ejen takaful under Hong Leong?kenapa tak jadi ejen under takaful operator ....?jawapan saya simple sahaja..saya jadi ejen under Hong Leong takaful cz pada saya plan yang ditawarkan Hong Leong Takaful worth to the client..bayangkan jika anda hanya mencarum RM75 sebulan khairat yang bakal anda dapat mencecah RN50000 disamping anda juga akan mendapat riders (plan tambahan; Personal Accident,Critical Illness,Elaun Hospital) yang lain malah coveragenye sampai umur pencarum 80 tahun. Jadi pada saya ia berbaloi pada pencarum. Selain daripada itu, pencarum juga entitle untuk memiliki plan badal haji yang disediakan Hong Leong Takaful dengan kerjasama Tabung Haji Travels.

Bila sebut Badal Haji,ramai yang bertanya..Apa itu badal haji? erm...mungkin ramai yang dah lupa..badal haji tu ialah upah haji..okie untuk plan badal haji nie si pencarum tak perlu bayar tetapi jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, secara automatik tabung haji akan membuat badal haji bagi pihak si pencarum dengan cara tabung haji akan melantik orang yang layak untuk melaksanakan badal haji bagi pihak peserta dan RM2500 akan ditolak dari tabung khairat pencarum untuk pelaksanaan badal haji tersebut. Jadi, bukan sekadar mendapat perlindungan malah pencarum juga akan mendapat jaminan Badal Haji.

Selain tabung khairat dan badal haji, pencarum juga akan mempunyai akaun simpanan iaitu plan "Saving + Protection" yang mana pencarum boleh mengeluarkan nilai tunai terkumpul pada bila-bila masa asalkan baki tunai terkumpul dalam simpanan mestilah tinggal sebanyak RM1000. Jadi bukan sahaja mendapat khairat si pencarum juga akan mendapat simpanan. This is what we call "Saving + Protection".

erm ada jugak bertanya, hong leong takaful nie islamic ke?honestly bila soalan ini timbul ia berkait sentimen sedikit..tinggalkan sentimen back to the real world..hey come on la..jika ragu-ragu kepada takaful hanya kerana hong leong itu..apa gunanya kita ada Security Commission, Bank Negara Malaysia dan juga Syariah Council/Syariah Advisor..maybe me and others need to read a lot of islamic finance,takaful and etc..increase knowledge about these matter so there is no such question like this..might be..Pedih jugak nak fahamkan umum tentang islamic finance and takaful nie tapi itulah tanggungjawab saya sebagai degree holder dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko yang lahir dari perut Universiti Sains Islam Malaysia..tak semua orang terdedah dengan perkara ini.Jadi saya selalu pesan pada diri saya, SABAR dan SEBARkan apa yang saya dah pelajari masa di U dulu..mungkin ini sumbagan kecil saya kepada umum yang mampu saya lakukan dengan keupayaan saya yang tidak seberapa..

erm..cakap pasal produk pulak..okie back to my experience..apa yang saya dapati sepanjang saya menjadi ejen takaful nie adalah kesedaran umum orang melayu terutamanya terhadap kepentingan takaful masih lagi tidak meluas. Serius saya katakan daripada 10 orang yang saya jumpa hanya 2-3 orang sahaja yang memiliki protection. Sedangkan ada yang saya jumpa tue ada juga mereka yang bijakpandai dan terlibat dengan bidang professional. mungkin saya danejen takaful diseluruh malaysia ni perlu bekerja lebih keras untuk memberi kesedaran kepentingan takaful kepada umum.

Most of excuses or reasons yang mereka bagi apabila saya bertanya "mengapa tiada plan takaful lagi?" Jawapanya adalah:

saya masih berfikir, saya masih mengkaji plan yang mana sesuai untuk saya, saya masih belum stabil, saya masih belum bersedia untuk memiliki komitmen takaful.

Bila dengar jawapan sebegitu, apa yang bermain difikiran saya adalah...

1)Adakah awak bersedia untuk hilang pendapatan apabila awak hilang upaya dan dari mana awak nak dapatkan duit untuk membiayai kos perubatan awak?Jika awak ada simpanan sekali pun, cukup ke simpanan awak tu?dah berapa lama awak menyimpan dan berapa banyak yang awak ada?

2)adakah awak besedia untuk meninggalkan dunia ini dengan semua beban hutang awak yang masih belum dibayar?awak sanggup ke biarkan saudara-saudara terdekat awak menaggung beban hutang yang awak tinggalkan kepada mereka?Macam mana diaorang nak bayar hutang-hutang awak tu sedangkan semasa awak hidup pun mereka berhempas pulas mencari rezeki untuk diri sendiri inikan pula apabila awak meninggalkan bebanan hutang kepada mereka..

3) Awak masih belum bersedia untuk memiliki komitmen membayar takaful sebulan paling rendah pun RM75 yang memberi jaminan keselamatan pada awak dan keluarga tetapi awak berani menggambil risiko untuk memiliki komitmen yang lagi besar dengan bersedia untuk berkahwin tanpa memiliki pelan keselamatan..bagaimana nanti jika sebulan selepas awak kahwin,awak hilang upaya? Bagaimana dengan isteri awak?Sanggup awak biarkan dia menanggung semua perbelanjaan rumah,utiliti,sewa malah perubatan awak juga. Awak nie betul-betul sayangkan dia ke? Macam mana pula kalau awak hilang upaya masa awak dah ada anak?Sanggup ke awak gadaikan masa depan anak awak?

4)erm..tunggu stabil ea?bila tu nak stabil?agak-agak berapa lama awak boleh stabil?awak rasa penyakit atau kematian tu boleh tunggu kita stabil ea untuk datang menyapa?Haish....

5) awak nak fikir dulu ea..bagus la awak nak fikir dulu tapi satu je saya nak ingatkan, penyakit atau kematian datang tanpa kita habis fikir.Anytime je dieorg boleh menyapa kita..so up to u..

6)owh nak mengkaji dulu ye plan yang sesuai untuk awak..okie..its your rights to do so walaubagaimanapun berapa lama masa yang awak peruntukkan untuk mengkaji setiap plan yang terdapat di pasaran?Awak boleh confirm ke hanya ada satu plan yang memenuhi semua kehendak awak? untuk pengetahuan awak,setiap plan punyai kelemahan dan kelebihan masing-masing tinggal awak je..nak atau tak..saya cuma bimbang jika tiba masa untuk awak memilih, ia sudah terlambat untuk awak..no one knows what will happen even untuk satu saat berikutnya pun..

ini hanya dialog yang bermain di minda saya,tidak sanggup untuk saya meluahkan apa yang bermain di minda saya. Bukan apa, takut dikatakan kurang ajar pula sedangkan tiada niat pun begitu..biasala melayu memang sensitif..kadang-kadang nak tegur sikit pun susah walaupun itulah kebenarannya..

Saya sebagai takaful consultant hanya menjalankan tugas saya dengan memberi kesedaran kepada umum dan selebihnya terpulang kepada umum untuk menilai kerana pilihan terletak di tangan masing-masing..kita yang memilih untuk bahagia atau sengsara. "The Choice is Always Yours". Up to you to choose whatever you want. Saya sebagai takaful consultant tidak menggambil duit anda sedikit pun atau menasihati anda untuk melabur duit anda pada perkara yang membazir tetapi saya menasihati anda untuk melabur duit anda demi kepentingan masa depan anda sendiri dan juga masa depan insan yang anda sayang.

wallahu'alam..
"sesungguhnya ALLAH mengatahui apa yang kamu nyatakan atau sembunyikan"





2 comments:

  1. hanya orang yang terlibat dalam takaful mengerti akan kepentingan takaful. tahniah kak:)

    ReplyDelete