Salam semua sahabat-sahabat..
Moga Rahmat ALLAH sentiasa bersama anda..
Dua minggu yang lepas saya pulang ke kampung setelah tamat latihan industri di salah sebuah agensi insuran. Semasa di kampung saya berasa sangat tenang..alhamdulillah ALLAH masih memberi rezeki rasa ketenangan itu ke dalam hati saya.
Perkara yang pertama yang menerjah minda saya saat samapi di kampung ialah kenangan bersama arwah mak dan abah. Al fatihah buat mak dan abah. Moga diri maki tabah menghadapi arus kehidupan ini.
Sepanjang berada di kampung, saya lebih kerap menghubungi kawan-kawan lama saya. Rindu ingin bertemu mereka. insyaALLAH ada rezki dan kesempatan pasti akan jumpa. Tetapi apa yang tidak dapat saya lupakan ialah salah astu mesej daripada teman rapat saya yang saya panggil ila, erm...kami bertukar pandangan mengenai takaful dan kepentingannya dari perspektif seorang pelajar siswa.
Menurut sahabat saya,ila, dia telah mencarum untuk takaful selama lima bulan. Pada awalnya, dia agak takut-takut untuk menyertai skim takaful ini kerana tiada pendedahan akan kepentingan takaful ini. Tetapi beliau telah mendapat kesedaran apabila salah seorang rakan universitinya telah meninggal dunia akibat demam denggi. Menurut beliau, sahabatnya itu telah mencarum dalam takaful baru beberapa bulan dan apabila sahabatnya telah meninggal dunia akibat denggi, takaful telah memberi pampasan kepada keluarga sahabatnya tersebut. Dan dari situ, beliau mendapat kesedaran akan kepentingan takaful. Padanya, mencaru dalam takaful bukan untuk mendapat pampasan sahaja tetapi untuk keselamatan.
Benar seperti apa yang dikatakan oleh sahabat saya itu, mencarum dalam takaful bukan untuk mendapat pampasan semata-mata tetapi sebagai langkah keselamatan. Tiada siapa pun di antara kita yang mengetahui bila tarikh luput diri sendiri. Andainya kita pergi dalam keadaan masih muda dan tabungan kita masih sedikit, bagaimana dengan hutang yang kita tinggal?
Mungkin sahabat-sahabat lupa yang sepanjang pengajian kita mungkin membuat pinjaman PTPTN, JPA.. Andainya kita meninggalkan dunia tanpa sempat membayar hutang pinjaman tersebut, bagaimana dengan hutang tersebut sednagkan dalam Islam sendiri telah mengatakan hutang tidak akan luput dari si mati dan wajib bagi pihak keluarga si mati membayar hutnag tersebut. Andai kita yang masih muda ini pergi dahulu dengan meninggalkan hutang tersebut,siapakah yang akan membayarnya?Sudah pastilah ahli keluarga terdekat..ermmmm
Menurut sahabat saya,ila, dia mengatakan hutang pinjaman sahabatnya yang telah meninggal dunia tersebut telah dibayar oleh keluarga sahabatnya menggunakan pampasan yang diterima dari takaful tersebut. Jadi, di sini, jelas memberi gambaran bahawa takaful dapat membantu kita dalam mewujudkan dana simpanan kecemsan buat diri kita andai perkara yang di ingini berlaku.
Bayangkan andai sahabatnya tidak mencarum dalam takaful, siapakah yang akan menanggung hutang tersebut? Normally, pinjaman pembelajaran mencecah 10 ribu keatas.. Tidak tersentuhkah hati kita apabila hutang ini terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga terdekat terutama ibu bapa kita sendiri?MasyaALLAH..
erm sama-sama kita fikirkan..wallahu'alam..saya rasa, sampai di sini dahulu..kita sambung di Ada Apa Dengan Takaful III.. insyaALLAH..
13 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment