Salam kepada semua sahabat-sahabat..rasaya sudah terlalu lama saya tidak mencoret isi hati saya di laman ini. Bermula Januari tahun ini hingga Mei saya telah menjalani Latihan Industri di salah sebuah agensi insuran di Kepong. Sepanjang tempoh tersebut, banyak benda yang saya belajar. Dahulu saya hanya belajar tentang insuran atau takaful secara teori tetapi Alhamdullillah untuk praktikal ini saya telah mempelajari menganai takaful dan insuran dengan lebih mendalam..
Syukur kepada ALLAH, banyak perkara yang saya dapat pelajari bukan sekadar mengenali produk-produk takaful dan insuran yang terdapat di pasaran malahan dapat mengenal erti hidup. Sangat berbeza dari alam kampus....sangat mencabar....benarlah, andai peganggan tidak kukuh mudah sahaja untuk kita lari dari peganggan. Apa yang penting adalah saya dapat belajar tentang manusia. Ya, memang manusia itu kompleks..sukar difahami dan sukar untuk memahami..tapi itulah uniknya ciptaan ALLAH..jika semuanya sama mana mungkin kita dapat mencari hikmah dari setiap ciptaanNYA..
Tinggalkan sebentar mengenai manusia dan keunikkannya..ermmmm....entri kali ini saya ingin menyentuh mengenai takaful..Apakan pandangan anda semua terhadap takaful dan insuran? mungkin ada yang mengetahui bahawa takaful dan insuran itu adalah satu skim perlindungan. Ya, memang fungsinya adalah perlindugan, walaubagaimanapun pada masa kini terdapat skim takaful dan insuran yang melindungi dan menyimpan. Maksudnya, disamping anda membeli perlindungan anda juga dapat menyimpan wang anda di mana jika anda menyimpan dalam produk perlindungan beserta simpanan, keuntungan simpanan anda melebihi keuntungan simpanan anda di dalam bank. Hal ini kerana, duit simpanan ini akan dilabur ke dana-dana yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful dan insuran tersebut. Jadi, beruntunglah bagi mereka yang telah memiliki produk yang berorentasikan perlindungan dan simpanan. Saya juga telah memilikinya.
Bukan sekadar untung kerana ianya dapat memberi keuntungan kepada simpanan kita, malah produk ini sangat berbaloi kerana ia turut mengandungi perlindugan. Antara manfaat perlindugan yang terdapat adalah keilatan kekal(Hilang upaya kekal), penyakit kritikal, Personal Accident dan manfaat hospital. Jadi, tidak rugi untuk kita melabur sedikit duit kita untuk membina dana kecemasan yang mana apabila kita memerlukannya, kita dapat menggunakannya. Malahan, produk ini dapat diperolehi pada kadar serendah RM100 sebulan. Ermmmm..menyimpan sambil melindugi diri. Worth for money. 2 in 1 lah katakan.
okie la..saya dapat share stakat nie dulu, nanti kita sambung lagi ye dengan part kedua ada apa dengan takaful..
Harap entri saya kali ini, memberi manfaat dan info kepada anda..wallahu'alam..
31 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment